Cencaru Panggang Cecah Air Asam
8:35 PTGLama tak buat air asam cecah dengan ikan panggang. Air asam yang tak mungkin saya lupakan ialah air asam di kantin dekat Dataran Sastera.... kami makan cecah dengan ikan kembung....berasap-asap! Walaupun aroma belacannya melekat di tangan (tak puas makan dengan sudu), tapi rasanya.... hmmm kalaulah masih ada lauk tu di situ...walaupun terpaksa bersusah payah, saya cuba juga untuk datang, tapi itu semua dah berlalu...dah lebih 20 tahun. Tidak rugi hari-hari menjamu selera di situ kerana akhirnya saya dapat juga membuat air asam yang hampir sama walaupun rasanya tidaklah sesedap mana... Bezanya, saya hanya ada ikan cencaru. Tak apalah, lain kali saya cuba panggang ikan kembung besar yang segar...
Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru (panggang hingga masak)
Bahan air asam:
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
7 biji cili padi
1 biji tomato
1 labu bawang besar
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan air masak)
sedikit belacan
garam
gula
Cara:
1. Hiris lada hijau,lada merah, bawang besar dan tomato.
2. Masukkan air asam jawa dan gaulkan dengan belacan.
3. Masukkan secubit garam dan sedikit gula.
Jika suka, boleh masukkan sedikit kicap.
0 comments