Hari Ini dan Semalam
12:55 PTGBismillahirrahim.
Hari Ini dan Semalam.... hari yang mana hendak ditulis dahulu?
Di bawah ini gambar semalam.
Di bawahnya lagi gambar hari ini.
Gambar semalam. |
Gambar hari ini. Makan kuih selepas mesyuarat. |
Sekarang hujan lebat.
Para penoreh sudah beransur pulang selepas mesyuarat panjang di akhir sesi 2024/2025. Di penghujung mesyuarat diadakan penyampaian sijil pengiktirafan. Amie dapat enam sijil:
Para penoreh sudah beransur pulang selepas mesyuarat panjang di akhir sesi 2024/2025. Di penghujung mesyuarat diadakan penyampaian sijil pengiktirafan. Amie dapat enam sijil:
- Pengurusan Kelas terbaik
- Pengurusan Fail Panitia Terbaik
- Pengurusan Panitia Terbaik
- Sifar Cuti Rehat Khas
- Sifar Cuti Sakit
- Kehadiran Awal Ke Sekolah Secara Konsisten
Tahun lepas sesi 2023/2024 Amie dapat empat sijil anugerah : Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2023/2024.
Untuk anugerah Pengurusan Kelas Terbaik, Amie dapat hadiah sijil dan tupperware. Lima anugerah lagi Amie hanya terima sijil saja.
Sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus selesai solat Jumaat, Amie teruskan menulis entri tentang sijil anugerah yang diperolehi hari ini. Terpandang gambar kelmarin! Baiklah disatukan menjadi cerita pada hari ini.
Kelmarin, selesai menoreh kami ke Marrybrown di bandar LD. kami terperangkap dalam hujan lebat. Hampir 45 minit di dalam kereta kerana takut basah kuyup ditimpa hujan. Inilah kali pertama Amie bersama-sama rakan yang lain berkunjung ke sini sejak dibuka.
Menarik juga pilihan menu di Marrybrown.
Bergambar berlatarbelakangkan 'Happy Birthday'. Kelmarin 16 Januari merupakan hari ulang tahun Gee, salah seorang geng kaki jalan kami. Gee sedang menunaikan umrah di tanah suci. Kami 'sambutkan' ulang tahun Gee di sini. Semoga Gee sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Sewaktu makan teringat pula Firdaus. Sedaplah pula rasa ayam goreng Egg-Stra Ong! Selesai makan, Amie belilah Egg-Stra Ong Chicken Combo bawa pulang. Terperangkap lebih satu jam di jalan raya kerana masalah kesesakan lalu lintas disebabkan banyak kereta ibu bapa yang datang mengambil duit BAP di sebuah sekolah rendah!
Itulah ceritanya hari ini dan semalam.
Hari ini hari terakhir persekolahan tetapi calon SPM belum selesai menduduki peperiksaan.
Selamat bercuti kepada para penoreh yang bercuti.
Selamat menjalankan tugas di masa cuti kepada penoreh yang menjadi pengawas SPM dan pemeriksa kertas SPM.
Hari ini hari terakhir persekolahan tetapi calon SPM belum selesai menduduki peperiksaan.
Selamat bercuti kepada para penoreh yang bercuti.
Selamat menjalankan tugas di masa cuti kepada penoreh yang menjadi pengawas SPM dan pemeriksa kertas SPM.
Alhamdulillah. Tahun ini Amie bebas dari tugas menjunjung Urusan Seri Paduka Baginda.
Esok petang, kami terbang ke Malaya. In syaa Allah.
Esok petang, kami terbang ke Malaya. In syaa Allah.
3 comments
Alhamdulillah. Tahniah amie. Selamat bercuti dan balik kampung. Semuga di permudahkan perjalanan
BalasPadamwaahhhh sifar cuti sakit tu siapa dapat? hehehe
BalasPadamTahniah Kak Amie...selamat bercuti buat semua penoreh dan anak- anak...anak- anak SPM teruskan perjuangan kalian..
BalasPadam