Mashawi Sepanggar (Middle Eastern Restaurant)
7:31 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Sabtu:
- 8:30 pagi - urut badan kali ketiga
- 12:00 tengah hari - gerak ke Tawau
Sementara menunggu tukang urut sampai, tulislah dahulu entri Mashawi Sepanggar (Middle Estern Restaurant). Selepas itu kami akan ke Tawau, bermalam di Heritage Hotel dan keesokan paginya hantar Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah ke Lapangan Terbang Tawau.
Entri ini berkaitan makan-makan pada 21 Disember 2025. Kami menginap selama tiga malam di Borneo Tree House, Sepanggar. Selepas daftar masuk, kami mencari tempat makan dan singgah isi perut di Mashawi Sepanggar.
Sewaktu sedang makan, teringatlah pula Fairuz yang sedang sibuk menghantar bekalan ikan di sekitar Kota Kinabalu. Jadi, Encik Suami telefonlah dia. Kalau ada dekat-dekat kawasan kami berada, bolehlah datang makan sama.
Ketika kami hampir selesai makan, tiba-tiba muncul Fairuz!
Fairuz memilih single mandhi set, lauk lamb stew, salad & housemade dipping sauce. |
Kalau datang ke Kota Kinabalu memang tak lepas peluang makan di Mashawi restaurant samada di Sepanggar atau di Tanjung Aru. Kali ini makan di Sepanggar sebab bermalam di kawasan ini juga.
Rose Tea |
Sudah semestinya memesan Turkish Pide Pizza (Mix Lamb & Beef).
Dipping sauce tu yang sangat sedap!
Encik Suami & Amie : Turkish Pide Pizza |
Firdaus : Chicken Wrap Set |
Abang Farid : Single Chicken Platter |
Aseeyah : Chicken Pita Set |
Temankan Fairuz makan Single Mandi Set - Lamb Stew.
Single Mandhi Set - Lamb Stew |
Selepas makan, Fairuz ikut kami balik ke Borneo Tree House dengan lori ikannya sekali. Tempat menginap kami di bilik nombor 1 ada dua tingkat. Ada dua katil single di tingkat atas dan satu katil besar di tingkat bawah. Abang Farid dan Aseeyah serta Hamzah di bilik nombor 5.
Borneo Tree House |
9 comments
Yg diorder semua nampak sedap, awal pagi tengok kot.. hihi... selamat pagi kak Amie!!!
BalasPadamturkish pizza tu nampak menarik sangat! lama dah tak makan pizza2 ala arab ni
BalasPadamfuhhh semua nampak sedap bil tgok waktu lunch hour ni!
BalasPadamsalam tahun baru buat sis amie sekeluarga :)
Makanan semua nampak sedap especially pide tu. Lama tak makan. Menarik la Borneo Tree House ni.
BalasPadamNampak menarik tree house ni...
BalasPadamLazat² makanan semuanya 👍🏻
Jarang foto fairus keluar kat sini
BalasPadamChicken wrap dan chicken pita Tu mesti sedap.
BalasPadamFoto-foto makanan yang ditampilkan dalam tulisan ini membuat saya teringin sekali mencobanya Mbak. Pasti semuanya sedap rasanya.
BalasPadamMenarik juga ya Borneo Tree House ini, tampak sangat alami...
Salam,
uihhhhh lamb stew tuuuuuu
BalasPadamkecur pulak sy tgk hahaha