Nasi Lemak Sebungkus RM1.20 Sen
9:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi lagi Wak Niah sudah masak nasi, goreng jemput-jemput bawang dan goreng kentang. Sudah tentulah Wak Niah sibuk menyediakan sarapan untuk kucing-kucingnya, nasi lauk ikan. Jemput-jemput bawang dan kentang goreng pula untuk dijadikan sarapan kami.
Encik Suami pula menambah menu sarapan dengan membeli lima bungkus nasi lemak dan empat keping roti canai. Wak Niah sudah pesan supaya Encik Suami tidak beli banyak sarapan pagi kerana sudah ada jemput-jemput dan kentang goreng.
Nasi Lemak harga RM1.20 sen sebungkus ini berlaukkan sambal, telur rebus, tiga ekor sebelah ikan bilis dan separuh hirisan timun. Kacang tanah goreng yilek!
Nasi Lemak |
Nampak dari luar bungkusan, nampaknya nasi lemak ini dibungkus dengan daun pisang. Apabila dibuka rupanya dan pisang diletak sekadar syarat sahaja... ahaks!
Tambah telur rebus sebiji. |
Kebetulan pula Wak Niah rebus telur, jadi bolehglah tambah sebiji jadikan lauk tambahan nasi lemak. Memang ngam betul sarapan nasi lemak dan minum kopi Tenom. Amie bawa pulang koppi Tenom dari Sabah.
Telur Rebus |
Kentang Goreng |
Wak Niah kukus kentang sebelum digoreng. Kata Wak Niah, Bonda tak dapat hendak kunyah kentang goreng kalau tidak dikukus terlebih dahulu supaya lembut.
Roti Canai |
Pagi tadi kami sarapan bersama Bonda, Wak Niah, Firdaus, Abang Farid dan Aseeyah:
- Nasi Lemak
- Roti Canai
- Jemput-jemput Bawang
- Kentang Goreng
- Kopi Tenom
9 comments
ok jg nasi lemak rm1.20....ikan bilis boleh dikira...hihi..
BalasPadamMurah sungguh nasi lemak RM1.20, nampak banyak portion dia...
BalasPadamok jugak tu nasi lemak bajet... semua bajet termasuk daun pisangnya
BalasPadamAlhamdulillah dapat bersarapan dengan famili di kg adalah nikmat terindah kan. Nasi lemak susah nak dapat rega Rm 1 sekarang. NI Rm1.20 boleh lah. Tapi rasanya tak cukup 1 ni kena 2 bungkus. hehehehe. sambal dia banyak juga.
BalasPadamwahhhh masih ada nasi lemak 1.20! nampak sedapnyaaaa sambal dia tu!
BalasPadamSama pula sarapan kita Kak, nasi lemak bungkus & roti canai :)
BalasPadamAduh, daun pisangnya sehiris, hihi. Sedap2 sarapannya.
BalasPadamSedap sedap belaka nampan tu
BalasPadamHahahaha biar tercium sedikit aroma daun pisang kak Amie 😄😅.
BalasPadamTp memang yaa nasi lemak berbungkus begini tak boleh saya skip kalo ke Malaysia. Walopun nanti nak makan lain, tetap nasi lemak makan duluan 😄