Makan Tengah Hari di Rumah Abang Farid
8:00 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu kami hendak ke Tronoh, Abang Farid telefon Encik Suami. Katanya, dia akan sewakan homestay atau hotel untuk kami kerana di rumah sewanya ada masalah di bilik air. Encik Suami kata, tak perlulah buang duit sewakan kami tempat penginapan. Nanti sampai di sana, Encik Suami akan memeriksa dan membetulkan masalah tersebut. Lagi pula, rumah sewa Abang Farid ada empat bilik, dan lebih dari cukup untuk kami.
Alhamdulillah, selesai semua masalah di bilik air dikerjakan Encik Suami. Sebenarnya, Amie tak tahu apa masalahnya... ahaks!
Hari kedua kami di rumah Abang Farid, sibuklah pula Abang Farid beli lauk-pauk untuk makan tengah hari. Kami kata, tak perlulah Abang Farid beli. Cukuplah makan nasi dengan baki ayam masak kari dan dadar telur sahaja. Kalau tak cukup masak sahaja sardin tin.
Sebelum ke masjid untuk solat Jumaat, Abang Farid beli juga lauk-pauk seperti di bawah ini.
Ayam Goreng dan Ayam Goreng Berempah |
Baki kari ayam yang Abang Farid masak di pagi hari untuk sarapan dengan roti paratha.
Ikan Tilapia Merah Bakar |
Ikan Pari Masak Asam Pedas |
Amie dengan Encik Suami sama-sama ketawa melihat berjenis-jenis lauk yang Abang Farid beli. Mungkin Abang Farid pun bingung-bingung hendak beli yang mana satu. Itu sebabnya beli lauk ayam sampai tiga jenis : Ayam goreng berempah, ayam goreng dan ayam masak merah. Begitu juga dengan ikan. Dibelinya ikan tilapia merah panggang dengan ikan pari masak asam pedas. Yang bagusnya, Abang Farid beli banyak jenis tapi seketul-seketul saja.
Alhamdulillah.
Rezeki Allah.
Rezeki Allah.
1 comments
Wah ..Tok Baba Hamzah serba boleh macam MacGyver la💪..
BalasPadamSeronok la Hamzah Tok Baba & Tok Mommy datang yer🥰
Bila sebut Tronoh teringat pengumuman waktu berbuk puasa dulu - dulu..