Dari Tamu Kota Belud ke Tamu Gaya Street Kota Kinabalu dan ke Papar
7:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ahad - 22 Disember 2024. Kami redah sahaja hujan di kala pagi dari Sepanggar ke Kota Belud. Selesai membeli apa yang dicari di Tamu Kota Belud, kami redah lagi hujan selama lebih satu jam menuju ke Tamu Gaya Street Kota Kinabalu. Dalam hati berdoa agar sempat sampai ke sana sebelum tamu tutup. Harap-harapnya dapatlah membeli oleh-oleh sebagai hadiah yang akan dikirim buat peneka buah mangga udang : PEMENANG TEKA BERAT BUAH MANGGA UDANG. Alhamdulillah. Rezeki tidak salah alamat. Dalam hujan lebat kami berpayung berdua, dan dapatlah apa yang hendak dicari di Tamu Gaya Street Kota Kinabalu.
Kita cerita tentang Tamu Kota Belud. Sebelum ini Amie pernah kongsikan kemeriahan suasana di Tamu Kota Belud:
Kali ini kami tidak boleh berlama-lama di Tamu Kota Belud kerana sebelah petangnya kami akan ke Papar, bawa Hamzah bertemu dengan kedua-dua moyangnya.
Sekadar ambil beberapa keping gambar sahaja.
Kalau ikutkan hati memang hendak meronda keliling dan borong hasil kampung yang pelbagai di sini!
Ikan liking!
Inilah salah satu tujuan utama kami datang ke Tamu Kota Belud.
Lama tak menjamu selera dengan ikan liking yang sangat sedap ini.
Tidak ada ikan liking di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Di Sandakan pun mungkin tidak ada.
Ikan Liking |
Bolehlah baca tentang ikan liking di sini:Jom Berkenalan dengan Ikan Pangi, Ikan Liking dan Ikan Salai di Tamu Kota Belud.
Ketika menaip entri ini terliurlah pula melihat gambar ikan liking goreng di bawah ini!
Kali ini kami borong nyiru dan tudung saji.
Banyak pula parang dijual di sini.
Hanya melihat-lihat sahaja dan tidak tergerak hati untuk membeli.
Sebelah petangnya kami ke Papar. Firdaus ikut Fairus hantar bekalan ikan ke CKS di sekitar Kota Kinabalu. Ketika kami dalam perjalanan ke Papar, Fairuz mengekori kami. Rupanya Fairuz hantar ikan ke Papar juga.
Fairuz mendahului kami menyelesaikan tugas menghantar bekalan ikan di Pasar Raya CKS Papar. Nampaknya seharian jugalah Firdaus menjadi pembantu Fairuz berkeliling Kota Kinabalu menghantar ikan.
Kami singgah di Restoran Pantai Manis, Papar. Bukan hendak makan tetapi Abang Farid dan Aseeyah beli bihun sup untuk dibawa ke rumah moyang Hamzah. Kata Aseeyah, atuk dan neneknya suka makan bihun sup dari Restoran Pantai Manis.
Sewaktu kami sampai ke rumah moyang Hamzah, rupanya Fairuz dan Firdaus sudah sampai di situ terlebih dahulu.
Ada oleh-oleh kami bawa dari Lahad Datu untuk moyang Hamzah. Sudah tentulah oleh-oleh istimewa mangga udang!
Mangga udang ini sudah masak. Encik Suami petik sehari sebelum kami bertolak dari Lahad Datu. Sempat pula Amie timbang beratnya seperti di bawah ini.
1 comments
Seronok sungguh lah ke Tamu ni Kak Amie. Geram je tengok dari ikan segar, Ikan Iiking, barang rotan, saji dll.
BalasPadamBesar betul mangga udang tu, kenyang makan sebiji.