The Taste of Arabia : Q Thaam Malaysia di 1Borneo Hypermall
8:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
20 Disember 2024 : Abang Farid sampai di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur bersama Aseeyah dan Hamzah. Fairuz hantar mereka untuk daftar masuk di Klagan Regency Hotel 1Borneo.
21 Disember 2024 : Amie bersama Encik Suami dan Firdaus bertolak dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Kami bermalam di Borneo Tree House Sepanggar. Oleh kerana berlaku kesesakan jalan raya di Ranau - Kundasang serta hujan berpanjangan maka kami lewat sampai. Abang Farid terlebih dahulu tiba di Borneo Tree House untuk daftar nasuk.
23 Disember 2024 : Fuad tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur.
Maka di Borneo Tree House merupakan tempat berkumpul kami anak beranak bersama menantu dan cucu, Hamzah.
Memandangkan setiap hari hujan memanjang dari pagi ke petang, dan malam ke pagi jadi tidaklah banyak aktiviti yang boleh kami lakukan. Hendak keluar makan pun terpaksa meredah hujan juga. Sedang menikmati hidangan, hujan terus mencurah-curah. Hendak ke pusat beli belah, aduhai.... jalan raya sesak tak boleh bawa bincang. Berjam-jam lamanya terperangkap di jalan raya. Maklumlah, 25 Disember bakal menjelang tiba. Sudah tentu yang akan merayakan Hari Krismas sibuk membuat persiapan akhir.
Petang 23 Disember 2024 kami jalan-jalan ke 1Borneo Hypermall. Tak terasa setelah meronda di situ, rupanya belum makan tengah hari. Patutlah Abang Farid minta izin untuk mencari restoran di situ. Waktu itu... hampir pukul empat petang!
Kami masuk ke Q Thaam yang dahulu dikenali sebagai Q Baik. Apabila Fuad telefon Abang Farid supaya datang ke sini, Abang Farid sedang menunggu makanan yang dipesan. Jadinya, kami pun terpisah tempat makan.
Bismillah. |
Oleh kerana resit sudah 'terbuang' dan Amie tidak ambil gambarnya, jadi terpaksalah mengingat semula apa yang kami pesan dan makan. Antaranya:
- Set Makan Nasi Mandhi Lamb & Beef
- Kunafa
- Tea Mint
- Teh Ais
Kunafa |
Ketika Amie tanya pekerja kaunter mana satu dessert yang sedap, dicadangkannya kunafa. Pada mulanya Amie tidak mahu kerana membayangkan rasa kunafa yang manis leting, tetapi Fuad kata ambillah satu untuk rasa-rasa.
Tuang air gula di atas kunafa. |
Biasanya kunafa yang dihidang sudah siap dengan rasa manis gula, tetapi yang ini didatangkan bersama air gula. Jadi, pelanggan boleh menentukan sebanyak mana gula yang disiram dan semanis mana yang diinginkan.
Di luar dugaan! Sedaplah pula kunafa di sini.
Habis licin sebekas kunafa!
Kami memesan dua teko teh pudina panas. Masing-masing menyukai rasanya.
Firdaus sahaja yang tidak mahu minum teh pudina, sebaliknya meminta teh ais.
Alhamdulillah.
23 Disember 2024 lengkaplah anggota keluarga berkumpul di Kota Kinabalu.
Fairuz meminta tambahan sos garlic untuk set Nasi Mandhi. |
Tiba-tiba Set Nasi Mandhi tiba dan pekerja restoran terus buka penutupnya. Kelihatan bara arang di dalam piring kecil dan dialih keluar.
Sekarang bolehlah kami menikmati Set Nasi Mandhi Lamb & Beef.
Firdaus baca doa sebelum makan.
Sebaik sahaja kami selesai makan, Abang Farid pun sampai bersama Aseeyah dan Hamzah. Masih banyak lebihan nasi dan lauk. Kami minta bungkus untuk dibawa pulang.
10 comments
Wow! Bestnya makan dalam talam!
BalasPadamSedap ke kunafa? Tadi baru lalu di Pantai Klebang, ada orang jual kunafa, beratur..
BalasPadamTu dia nasi arab setalam sedap nyaa..
BalasPadamKunafa tu mmg favourite anak2.. wajib pesan kalau makan di tmpt nasi arab :D
Bahagianya hati seorang Ibu bila semua anak² dapat berkumpul...
BalasPadamSy suka kunafa 👍🏻
sedapnye tengok.. meriah.. makanan pun sedap2.. semoga diberi kesihatan n mengeratkan lagi hubungan.. ameeennnn
BalasPadamBestnya makan talam anak beranak, sayangnya terpisah pulak tempat makan dengan Abg Farid.
BalasPadam3x tu cam.pakat je kak nak pakai baju hitam 😀
BalasPadamwaahh kunafa! sedapnyaaaa nasi mandi! waduhhhhh lapar T__T
BalasPadamSEDAPNYA KUNAFA HABIS LICIN
BalasPadamSedap semuanya Kak Amie. Lama tak makan kunafa.
BalasPadam