Lajak ke LOTUS Sungai Petani Selatan
2:48 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dari Padang Brown, Fuad memandu arah ke Sungai Petani destinasi ke LOTUS Sungai Petani Selatan. Alang-alang sudah sampai Penang baiklah lajak terus ke Sungai Petani. Tujuan? Tak lain tak bukan untuk cari tudung kegemaran : AUNIFA.
Entah berapa tahun Amie pakai tudung AUNIFA. Rasanya semua warna dan fesyen sudah penuh dalam koleksi sebab Amie pakai untuk kerja. Kali ini saja-saja datang, mana tahu ada warna baharu dan terkini.
Agak lewat juga kami sampai ke sini kerana kesesakan jalan raya. Pukul 8:40 barulah dapat parking kereta. Mujurlah sewaktu berada di LOTUS, kedengaran pengumuman di pembesar suara mengatakan tempoh membeli-belah dipanjangkan satu jam sehingga ke pukul 11:00 malam.
Google : AUNIFA |
Seperti yang dijangka memang tak banyak warna pilihan sebab kebanyakannya kita sudah beli secara online. Bagaimanapun kita rembat jugalah lima helai. Kita suka beli secara walk in sebab boleh cuba pakai. Sekiranya sesuai muat di muka boleh terus beli. Kalau beli online, ada yang ngam di muka, dan ada yang sempit. Yang sempit di muka itulah yang tak selesa dipakai.
Air fryer dalam troli di belakang Hamzah. |
Abang Farid pula tak lepas peluang. Katanya ada promosi air fryer jenama PHILIPS. Dari harga RM700+++ turun kepada RM200+++. Abang Farid beli satu. Kebetulan pula sewaktu kami tidur di rumah sewa Abang Farid, Aseeyah beritahu air fryer mereka rosak. Agaknya Abang Farid beli baharu gantikan sir fryer yang rosak itu.
Sudah ronda sana sini dan beli itu ini, perut pula berasa lapar!
Tak kenyang rupanya makan pasembur di Padang Brown sebelum ke Sungai Petani. Gerai-gerai makan sudah banyak yang tutup. Kami berkejar ke tempat yang masih menjual. Belilah apa sahaja yang ada asalkan boleh isi perut.
Tak kenyang rupanya makan pasembur di Padang Brown sebelum ke Sungai Petani. Gerai-gerai makan sudah banyak yang tutup. Kami berkejar ke tempat yang masih menjual. Belilah apa sahaja yang ada asalkan boleh isi perut.
Duduklah kami makan dan minum seadanya di Medan Selera:
- Shawarma
- Rojak
- Sushi
Aneka Sushi |
Google : AUNIFA |
Selesai makan kami cepat-cepat ke pintu keluar sebab pasar raya mula hendak ditutup!
Apa pun, rasa seronoklah sebab dapat rembat lima helai tudung AUNIFA dan dua helai blouse.
3 comments
Oh tudung sarung ni ya? Jimat masa kalau pakai.
BalasPadamBetul. Dan rasa lebih kemas.
PadamAir Fryer kalau dah turun jatuh smpai 500 tu wajib beli la hihii...
BalasPadam