Keluban Meranti Yang Tak Berkencur Tapi Tetap Sedap!
8:28 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu Bonda minta Amie sediakan keluban @ kerabu daun meranti campur pucuk ubi pada hari Rabu lepas, banyak yang Amie fikirkan. Pertamanya Bonda tidak makan pedas. Keduanya, Bonda tidak makan belacan. Jadi, seakan-akan keluban yang tidak berasa.
Sebelum masak, Amie bersama Encik Suami ke Kuala Selangor untuk selesaikan satu urusan. Dalam perjalanan pulang, singgah di pasar Sungai Buluh mencari kencur tetapi tidak jumpa. Sampai ke Bukit Kuching, mencari kencur lagi di gerai-gerai sayur tetapi tidak ada.
Maka, jadilah keluban tanpa kencur. Untuk ada 'rasa' Amie tumbukkan isi ikan. Siaplah keluban yang Bonda hendak makan.
Hidangan Makan Tengah Hari |
Keluban Daun Meranti & Pucuk Ubi |
Sewaktu singgah di gerai-gerai sayur di Bukit Kuching, kami singgah sekali di Pelosok Salai Batang Pinang Salai Lemak Cili Api. Ramai sungguh pelanggan yang datang. Kebanyakannya bukan dari kampung kami. Ada anggota RELA yang membantu meletak kenderaan. Kami beli:
- Itik Salai Masak Lemak
- Sambal Tahun
- Belulang Masak Lemak dengan Nanas
- Sambal Belacan & Ulam Daun Selom
Lauk-pauk dari Pelosok Salai Batang Pinang Salai Lemak Cili Api. |
Lauk dari dapur:
- Ayam Goreng Garam Kunyit
- Ikan Cencaru Goreng
- Keluban Daun Meranti & Pucuk Ubi
Belulang Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas |
Sambal Tahun |
Itik Salai Lemak Cili Padi |
Sewaktu hidangkan makanan, Amie minta maaf dengan Bonda sebab tidak ada daun kencur dalam keluban. Dari Kuala Selangor sampai ke Bukit Kuching, tak jumpa orang jual kencur.
Bonda kata:
Ada kencur dalam pasu di belakang dapur di bawah paip.
Allahu Akbar!
Punyalah jauh mencari kencur, rupanya ada di belakang dapur.
Punyalah jauh mencari kencur, rupanya ada di belakang dapur.
Oleh kerana semuanya sudah terhidang, makan sajalah. Kata Bonda dan Wak Niah, keluban daun meranti dan pucuk ubi sedap rasanya walaupun tanpa kencur. Berkali-kali Bonda dan Wak Niah menambah dalam pinggan. Alhamdulillah.
11 comments
Sedapnya menu2 kampung ni. Mesti bertambah makan ni.
BalasPadamMeriahnya lauk!
BalasPadamAlhamdulillah kena dgn selera bonda ye Kak Amie 👍🏻
Sambal Tahu tu mcm masak lemak putih rupanya ye...
Ana suka menu kampung mcm ni! sedapnyaaaaaa!
BalasPadamCluband memanlah nak kena ada daun centcure
BalasPadamHidangan lauk pauknya tu sungguh menyelerakan.
BalasPadamMesti sedap pasal ada isi ikan tu kan. Eh, sy pulak kecur tengok lauk-pauk dihidang Kak Amie hari ni.
BalasPadamtgk lauk2 masak lemak ni
BalasPadamterus kecurrr
Kisah ni memang relatable, kadang-kadang jauh kita cari sesuatu, tapi rupanya ada depan mata. Paling penting, keluban tetap sedap walau tanpa kencur, sampai yang makan pun menambah berkali-kali. Memang betul, air tangan kita ni yang buatkan masakan istimewa!
BalasPadamLaaa belakang rumah je ada daun nya. Sedap semuanya yang Kak Amie masak. Lauk di kedai Pelosok Salai pun sedap semua nampak nya.
BalasPadampunya lah susah cari, rupanya blkg rumah je. hehee.. semua lagi kelihatan menyelerakan
BalasPadamHahahahah kencur itu memang sedaaaap kan kak Amie. Kalo di sini kencur biasa banyak dipakai di masakan orang Sunda (Jawa barat). Saya sendiri paliiiing suka kencur dicampur ke sambal. Ada aroma khas.
BalasPadamMalah beberapa orang yg kuat lidahnya, suka mengunyah kencur begitu saja.
Saya belum berani macam tuh 🤣. Harus digiling dan dicampur dengan bahan yg lain dulu