Masakan Tradisional Bajau : Makan Tengah Hari di Restoran Kampungku Semporna
12:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Salah sebuah tempat makan tradisi Bajau kegemaran Amie di Semporna ialah Restoran Kampungku. Sebenarnya ada banyak tempat boleh dikunjungi tetapi kami sudah terpikat untuk terus menikmati masakan Bajau di sini sekiranya datang ke Semporna. Oleh kerana sudah beberapa kali makan di sini, kami sudah tahu bila masa yang sesuai untuk datang. Sekiranya datang waktu tengah hari sudah tentulah restoran penuh dengan pelanggan dan apabila datang agak lewat lauk-pauknya pula sudah berkurangan.
Jadi, kami datang sekitar pukul 10 pagi. Ketika ini lauk pauk baru siap dimasak dan masih panas. Pelanggan pun belum ramai. Kita pun rasa selesa untuk menikmati hidangannya.
Lauk-pauk tradisi masyarakat Bajau. |
Antara lauk-pauk pilihan kami yang dihidangkan di dalam piring kecil. |
Memandangkan ada lauk-pauk yang memang Amie tidak pernah temui di Lahad Datu dan Kota Kinabalu, jadi di sinilah kami ambil kesempatan untuk menikmatinya. Biasanya lauk-pauk boleh dimakan dengan:
- Nasi Putih
- Putu
- Tompek @ Tinompek
- Bamban @ Bianbam
Dahulu, harga sepiring kecil lauk pilihan sebanyak RM5.00.
Kali ini lupa pula hendak bertanya, dan Encik Suami bayar sebanyak RM54.00 termasuk sepinggan nasi putih, tompek, secawan kopi O dan segelas minuman laici.
Seperti kebiasaannya, kami turut disediakan semangkuk kecil sup kosong yang masih panas setiap seorang.
Tompek @ Tinompek |
Putu |
Gambar atas dan bawah dari entri lama. Gambar atas : putu. Gambar bawah : Bamban @ bianbam (dalam bungkusan daun pisang).
Bamban @ Bianbam |
Antara lauk-pauk pilihan kami termasuklah:
- Sagol Buntal
- Kilau @ Kinilau
- Ikan Pari Masak Kunyit
- Kerabu Rumpai Laut
- Siput Kima
- Bobohan
- Lato' @ Latok
Sagol Buntal |
Kilau @ Kinilau |
Ikan Pari Masak Kunyit |
Kerabu Rumpai Laut |
Siput Kima |
Bohohan |
Lato' @ Latok |
Sambal Pencecah Lato' |
Kalau datang ke Semporna, singgahlah di Restoran Kampungku! Berkenalan dan belajarlah makan masakan tradisional masyarakat Bajau.
10 comments
Semuanya nampka menarik utk dicuba.. insyallah moga tahun diberi rezeki utk ke semporna dan tawau ..
BalasPadamya Allah, nikmatnye tengok pelbagai juadah... jam 10 pagi dah siap... seronoknye.. mcm sarapan pagi ... makan terus kenyang sampai petang...
BalasPadamSemua nama makanan yang asing bagi saya, menarik untuk dicuba 👍🏽
BalasPadamKalau berkesempatan ke Semporna, bolehlah saya cuba makan di sini.
mesti sedap tu kan, bila lah dapat merasa sendiri agaknya
BalasPadamdlm menu tu pernah mkn rumpai laut latok tu
BalasPadamkalau ada rezeki kak ana ke sana, rasa nak cuba semua masakan etnik sana Amie, menu Bajau ni macam ada persamaan dengan Minang agaknya ye atau mungkin tidak juga.. nampak menyelerakan pada kak ana
BalasPadamAlaaa rindu latok. Sedapnya menu Kak Amie.
BalasPadamsagol buntal tu guna ikan buntal ke
BalasPadamUnik sungguh nama dan rupa masakannya, tentu sedap.
BalasPadammasakannya bukan jenis yg pedas2 ya kak?
BalasPadam