Terbang Bersama MAS Airlines
9:07 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cuti sekolah sudah bermula. Seawal bulan Ogos kami sudah menempah tiket penerbangan MAS Airlines dari Tawau ke Kuala Lumpur. Pesawat dijadualkan terbang pada pukul 6:25 petang tetapi tertunda sehingga ke pukul 6:40 petang.
Pesawat MAS yang akan menerbangkan kami baru mendarat pukul enam lebih.
Penat berbaris menunggu panggilan masuk perut pesawat, sempatlah ambil video suasana di bawah kapal terbang. Akhirnya kami terbang juga tetapi agak lewat sekitar pukul 7:10 malam. Oleh sebab Abang Farid sudah membuat pra-pesanan hidangan, jadi menu kami tidaklah sama dengan menu yang dihidangkan untuk penumpang pesawat lain yang tidak membuat tempahan awal. Kepada sesiapa yang masih belum mengetahui tentang HIDANGAN DI ATAS AWAN, bolehlah baca di sini: Menjawab Pertanyaan Tentang Chef on Call dan Park & Go.
Firdaus : Child Meal |
Tak ingat apa nama menu yang Abang Farid tempah untuk Firdaus.
Macam sedap jew Firdaus makan hidangananya yang terdiri daripada kentang lenyek, ikan dan sayuran.
Habis licin Firdaus makan.
Menu Amie : Gluten Free Meal |
Menu kita punya, ada ayam, kentang dan sayur-sayuran seperti terung, brokoli dan lobak merah. |
Selepas itu minuman ringan dihidangkan. |
Kemudian Encik Suami dan Firdaus memilih kopi pula/. |
Pukul 9:30 pesawat selamat mendarat di KLIA1. Begitu dan begini pukul 10 malam jugalah kami dapat bagasi.
Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah sudah menunggu kami. Bersama-samalah kami mengurus kereta sewa. Abang Farid sudah menempah Bezza tetapi pada hari kejadian kami dapat Proton Pesona!
Jam berapa sampai kampung?
Pukul satu malam!
Pukul satu malam!
2 comments
Alhamdulillah dah sampai. Selamat bercuti Kak Amie.
BalasPadamBestnya cuti2 balik kampung.
BalasPadam