Bihun Sup Kepala Ikan Kerapu
11:27 PGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 23 Disember 2024 - Isnin.
Fuad selamat sampai di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi. Kami menjemputnya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Ketika itu hujan turun renyai-renyai. Sejuk!
Apabila cuaca sejuk begini memang perut pun sentiasa hendak diisi tetapi tidaklah dengan makanan berat. Antara Fuad dan Fairuz, kami pun tidak pasti siapa yang belanja kami sebab kami hanya tahu makan hidangan yang dipesan sahaja.
Tengah hari itu kami tidak makan nasi sebaliknya hanya makan masakan berkuah sahaja seperti mi tom yam dan bihun sup.
Amie : Bihun Sup Kepala Ikan Kerapu |
Yang lain makan mi dengan tom yam ikan dan sup ikan.
Encik Suami : Sup Isi Ikan |
Fuad, Fairuz & Firdaus : Tom Yam Isi Ikan
Bihun Sup Kepala Ikan Kerapu |
Tambah sedap setiap suapan bihun dituang dengan sos lada!
Memanglah rasanya pedas mengaummmm! Tapi cepat-cepat teguk Chinese Tea panas!
Menggigil sekejap, hilanglah rasa pedas tapi sambung makan lagi sampai ke titisan kuah terakhir!
Chinese Tea Panas |
Terima kasih Fuad & Fairuz.
Selepas ini hendak ke mana pula?
Baliklah dahulu ke Borneo Tree House. Fuad hendak bersihkan diri dan berehat.
Baliklah dahulu ke Borneo Tree House. Fuad hendak bersihkan diri dan berehat.
Kami pun hendak solat dan petang nanti boleh jalan-jalan lagi.
3 comments
Bestnya berkumpul dengan anakanda semua...x pernah jumpa lagi bihun sup kepala ikan kerapu...tengok dari gambar nampak sedap semua
BalasPadamKalau di Johor memang tak pernah jumpa menu² mi sup dengan ikan ni Kak Amie. Tapi, tak tahulah jika ada ditawarkan di Chinese Seafood Restaurant. Menu kepala kerapu dengan mi tu, memang rare.
BalasPadamUnik ni Kak! Kami makan sup ikan @ tomyam dgn nasi je, belum pernah makan dgn mi @ bihun 😁
BalasPadamSedap betul tengok Daus makan tu...