Sate Ayam RM1.00 Secucuk
2:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Amie sudah berangan-angan untuk beli sate ayam di Pasar Malam Batang Berjuntai. Apabila dicongak-congak rupanya pada hari Jumaat kami tidak berada di Selangor. Teringat-ingat betapa enaknya makan sate ayam itu setahun yang lalu. Susunan satenya cantik dan tradisi, iaitu dalam cucuk ada tiga isi ayam, dua lemak atau kulit ayam. Kuah kacangnya juga tidak semanis gula tetapi cukup rasa.
Untuk tidak rasa terkilan, Amie beli sate ayam di Pasar Minggu Sungai Buluh. Harganya RM1.00 secucuk. Oh, masih ada rupanya harga sate ayam seringgit secucuk! Walaupun tidaklah seenak sate ayam di Pasar Malam Batang Berjuntai, tetapi bolehlah untuk dinikmati bersama keluarga.
Sate Ayam Pasar Minggu Sungai Buluh. |
Belikan Bonda tapai ubi. RM3.00 sebungkus.
Putu Piring |
Sudah lama berangan hendak makan putu piring yang dijual oleh sepasang suami isteri di bawah pokok di Pasar Minggu Sungai Buluh. Sayangnya setelah pusing keliling pasar, tak jumpa pula gerai tersebut. Terbayang-bayang pelanggan berbaris menanti giliran membeli putu piring di bawah pokok. Beli sajalah dari peniaga lain di situ. Sebungkus RM4.00, ada lima biji putu piring.
Dalam perjalanan pulang, singgah di tapak Pasar Malam Bukit Kuching yang beroperasi setiap petang Sabtu. Ada beberapa gerai makanan di luar tapak dan salah satunya gerai putu bambu. Belilah lagi putu bambu, sebungkus RM4.00 dan ada enam batang di dalamnya.
Sampai di rumah, putu bambu pula yang terlebih sedap!
Putu bambu atau putu piring diperbuat daripada bahan yang sama. Yang membezakannya hanyalah bentuknya sahaja.
Putu bambu atau putu piring diperbuat daripada bahan yang sama. Yang membezakannya hanyalah bentuknya sahaja.
Putu Bambu |
Wak Niah sudah pesan, banyak buah di rumah. Tapi kita hendak beli juga. Belilah sekilogram buah limau. Kalau zaman dahulu, arwah Ayahanda dan Bonda akan beli selonggok harga RM1 sahaja, dan ada 10 biji. Sekarang harga sekilogram RM8.00. Amie terlebih timbangan, jadi peniaga buah kata, cukupkanlah harga RM10.00. Wokey, boleh saja. Dan tak rugi beli sebab semuanya manis!
Teringat Firdaus suka makan buah strawberi, belikanlah juga sebekas RM13.00.
Malas hendak masuk pasar ikan, kami lajak ke Econsave sahaja. Bolehlah beli ikan kegemaran. Eh, Wak Niah juga sudah berpesan : Banyak ikan dalam peti sejuk. Wak Niah baru berbelanja hari Sabtu.
Alaaaa.... kita pura-pura terlupa pesanan Wak Niah.
Belilah seekor-seekor ikan... ahaks!
Kita capai seekor ikan patin, seekor ikan bawal emas, seekor ikan tilapia hitam dan seekor ikan jelawat.
Cerita tentang sate ayam sudah berlalu. Semuanya sudah lesap masuk perut. Hari ini kita berehat-rehat saja. Kepala masih sakit dan ada kesan benjol. Kelmarin kita terjatuh di dapur. Ketika sedang kupas labu kuning, tiba-tiba kaki bangku plastik yang kita duduki patah dan kita terpeleset jatuh. Kepala menyentuh lantai dapur... aduh!
Awal pagi tadi Abang Farid hendak bertolah balik ke Tronoh, Perak. Sebelum Abang Farid bergerak, Encik Suami bawa Hamzah jalan-jalan masuk kebun. Balik rumah, habis kaki tangan Hamzah bengkak merah-merah kena gigit nyamuk. Aduhai Tok Baba!
Nanti kita jumpa lagi ya Hamzah! |
15 comments
Sedapnya tengok sate. Kak Amie, ni saya ni, Nur (Kait dan Lari). Semoga kak Amie cepat sembuh. Comelnya cucu. :)
BalasPadamSA suka putu bambu...sedpanya...alahai terus teringin...seronoknya Kak Amie dah ada kat kampung..
BalasPadamAllah kak...
BalasPadamhabis tu dah tuam tempat yg benjol tu?
berdenyut2 tak?
Allah, semoga tak apa-apa kepala Amie tu hendaknya, macam-macam teringin ye bila dah ada di Selangor nih.. meriah membeli belah makanan kesukaan Amie walau ada yang tak dapat hehe :)
BalasPadamAllahuakbar kak amie jatuh! moga cepat sihat semula kak.. benjol tu tuam dgn ais tak?
BalasPadamakak buat lady terliur lah... putu piring tu dah lama sungguh lady x makan.. ya Allah meleleh2 rs terliur... yumm yumm yumm
BalasPadamsemoga kak emi cepat sihat... ameeennnn
sesekali balik Semenanjung mahu mencuba segala juadah kegemaran yg ada di sini.
BalasPadamTempat jatuh lagi dikenang....
BalasPadamRindunya nak makan putu pasar dah lama tak nampak makcik jual putu tu.
BalasPadamAduh, sakitnya jatuh kerusi! Semoga baik² ye Kak Amie. Tuam dgn kain tmpt benjol tu, bagi cepat surut.
BalasPadamMakanan semua sedap²...
Murahnya sate seringgit. Susah nak jumpa sekarang ni.
BalasPadamAloo siannya hamzah merah2 badan dia ye. Kulit dia pulak putih, nampak kesan gigitan huhu
Ya Allah, tengah kopek labu boleh jatuh tu. Nasib tak kena pisau, semoga Kak Amie baik2 sahaja. Kesian Hamzah, tengok Hamzah dalam dukungan, mungkin dia sebaya dengan cucu kami jugak ni.
BalasPadamBila amie cerita duduk kerusi plastik boleh jatuh teringat pulak saya masa outstation pi Utara. Lajak ke Bukit Kayu hitam. Masa member sedang membelek jualan saya pun duduk kat kerusi plastik berhampiran. Rupanya kaki dia tak boleh tahan dengan tuan yang duduk apa lagi dia menguak ke tengah kakinya dan patah. Apa lagi tuan yang duduk pun terjelapak jatuh. huhuhu nasib bumper besor tapi dalam perjalanan balik jadi bahan tawa member. huhuhuhu
BalasPadamAllahu...semoga tiada kemudaratan kepalanya...
BalasPadamMurahnya sate...
Banyaknya memborong...sesekali berubah selera makan ikan air tawar ye cikgu hehehe
Saya jadi bayangkan sate yg kak Amie bilang sedap 😍😍. Memang kandang2 tak sukanya kalo beli sate itu, saya kacang suka terlebih manis. Saya prefer yg gurih dan pedas. Baru mantap.
BalasPadamLihat aneka buahnya, terutama strawberry, duuuh merahnya bikin terliur. Enak nih dibuat juice