Nasi Ayam Hainan Lebih Ayam di RNR Gunung Semanggol
10:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, kami berhenti untuk makan tengah hari di RNR Gunung Semanggol, Perak. Encik Suami dan yang lain-lain terpikat pula dengan menu Nasi Ayam Hainan. Harga asal satu set sebanyak RM8.00. Boleh tambah nasi atau ayam tetapi harganya berbeza. Misalnya kalau tambah nasi harganya jadi RM9.00. Kalau tambah ayam, harganya RM11.00. Kalau tambah nasi dan tambah ayam menjadi RM12.00. Masing-masing memilih tambah ayam. Jadi harga setiap satu set sebanyak RM11.00.
Nasi Ayam Hainan tambah ayam, RM11.00. |
Bismillah. |
Kami duduk dua meja. Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah di belakang sanun.
Amie tak makan nasi ayam, sebaliknya memilih sup kuetiaw dengan meatball dan juga sebungkus nasi lemak.
Sup Kuetiaw Meatball |
Hendak merasa nasi lemak Gunung Semanggol.... ahaks!
Nasi Lemak RM2.00 sebungkus. |
Besarkan saiz ayamnya.
Puas hati makan di sini.
Encik Suami kata, sedap!
Bukan kami sahaja yang layan perut. Di belakang sanun, Hamzah pun sedang makan tengah hari juga.
5 comments
Selamat menjamu selera..
BalasPadamNampak sedap juga nasi ayam tu.
BalasPadamWalaupun laluan linda balik ke taiping.. Tak pernah lagi singgah untuk makan.. Hihihi..
BalasPadamMakan nasi ayam kena extra ayam barulah puas makan, kan Hamzah
BalasPadamSup kueytiaw tu nampak sedap. Eh ayamnya tu portion dia banyak.
BalasPadam