Ke Semporna : Sarapan di Rasa Sayang Cafe Jalan-Jalan di Sekitar Semporna Tourism Centre
9:45 PGBismillahirrahmanirrahim.
Seawal pukul tujuh pagi kami sudah meninggalkan Lapangan Terbang Tawau. Kami bercadang untuk singgah di Semporna. Ketika matahari baru memancarkan sinarnya, terasa kesegaran di sebalik kehangatannya. Kiri kanan jalan kelihatan hijau dengan tanaman kelapa sawit. Dan akhirnya kita terlelap!
Dari banadar Tawau menuju ke pekan Semporna. |
Kami singgah sarapan di Rasa Saya Cafe. Sesiapa yang singgah di Semporna waktu pagi bolehlah datang ke sini. Banyak jenis kuih ada disini termasuk nasi kuningdan nasi lemak.
Hidangan yang kami nikmati:
- Nasi Lemak
- Nasi Kuning
- Kentang Goreng
- Roti Kahwin
- Chinese Tea
- Kopi O
- Three Layer Green Tea
Nasi Lemak |
Encik Suami : Kopi Tenom |
Amie : Chinese Tea |
Firdaus : Three Layer Green Tea |
Firdaus : Nasi Kuning Ayam |
Bismillah |
Amie : Nasi Lemak |
Encik Suami : Roti Kahwin |
Firdaus : Kentang Goreng |
Restoran Rasa Sayang |
Selepas sarapan Encik Suami isi minyak. Di stesen minyak kelihatan beberapa orang pelanggan sedang beratur dengan tong untuk diisi minyak yang dibeli. Setelah selesai isi minyak dan Encik Suami memandu kereta, Amie nampak beberapa oang lelaki membawa tong di kiri kanan menuju ke stesen minyak. Encik Suami jelaskan, mereka beli minyak untuk bot mereka! Oh, baru teringat banyak pulau di Semporna. Tak kan mereka bawa bot ke stesen minyak untuk isi tangki minyak di bot mereka!
Sekarang matahari sudah memancarkan sinarnya yang terang dan panas! Rasanya hendak duduk dalam kereta sahaja atau mencari tempat yang redup untuk berteduh. Maklumlah pancaran matahari dari arah laut memang tiada tapisnya.
Jom singgah di gerai minuman. Banyak jenis jus buah yang dijual. Amie memilih jus buah nanas saiz besar. Bukan terus diminum tetapi sengaja dibawa berjalan dan akan sedut kalau rasa dahaga. Amie minta penjual jus buah jangan bubuh gula dalam jus nanas.
Jus Nanas RM16.00 |
Jom kita menyeberang jalan, singgah di Pusat pelancongan lautan Semporna.
Tak ingat bila kali terakhir singgah sini.
Yang berbumbung bulat itu ialah restoran. Kami pernah makan di situ bersama Bonda. Ketika itu Bonda masih lagi sihat dan tidak uzur seperti sekarang.
Kami duduk-duduk berehat di sini sahaja.
Amie mula minum jus nanas.
Kami pernah bermalam di resort Dragon Inn ini beberapa tahun lalu sewaktu Amie balik dari melancong ke Korea Selatan. Encik Suami bersama anak-anak ambil Amie di Lapangan Terbang Tawau dan kami singgah di Semporna, menginap satu malam di sini.
Encik Suami tidak gemar aktiviti air. Jadi, tidaklah kami pergi ke mana-mana pulau. Lagi pun cuaca sangat panas dan Amie pun tidak berapa selesa serta masih terasa sakit-sakit badan selepas diurut pada hari kelmarinnya. Jadi, kami pun santai-santai sahajalah di sini.
5 comments
teringin nak ke Semporna..
BalasPadamRindu Semporna,. Masa anak2 kecik join Kids Scuba Club dulu, 2-3 tahun berturut2 pada bulan December kami ke sana, juga ke Mabul dan Sipadan.
BalasPadamberselera tgk firdaus mkn nasi lemak kuning tu...dlu time oustation sabah lps tu ada singgah semporna juga...merasa la dok kt Dragon INN floating resort
BalasPadamKak Amie, sy nak buka stesen minyak di tebing laut ok tak? Nanti bot boleh datang isi minyak direct macam kita isi minyak kereta, hahaha.
BalasPadamtuuu dia
BalasPadamharga air pun mcm dah sama kat KL 😁✌️