Selamat Pagi, Jom Sarapan
9:06 PGBismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen?
Jom sarapan bersama kami di kampung.
Selamat Pagi! |
Mi Goreng Telur |
Semalam Bonda kuranga sihat. Malam tadi Wak Aton bawa Bonda ke klinik. Alhamdulillah, setelah makan ubat, Bonda beransur sihat. Kita buatkan Bonda sarapan mi goreng telur. Nampak berselera juga Bonda makan.
Kuih Vadai |
Encik Suami dan Firdaus jalan-jalan cari sarapan. Bawa pulang kuih vadai, popian dan samosa serta empat bungkus nasi lemak.
Samosa & Popia Sira Pedas |
Nasi Lemak Ayam |
Nasi Lemak Telur Mata |
Entah di gerai mana Encik Suami singgah. Nasi lemak ayam dan telur kali ini hanya ada hirisan timun dan sambal sahaja. Tiada kacang tanah dan tiada ikan bilis goreng. Tiga bungkus nasi lemak telur mata dan sebungkus nasi lemak ayam goreng berharga RM10.00.
Ubi Rebus |
Kelmarin pagi Wak Niah rebus ubi untuk sarapan.
Ikan Masin Jeruk |
Wak Niah goreng ikan masin jeruk untuk dimakan bersama ubi rebus.
Ubi Rebus tambah jelantah. |
Sebahagian ubi rebus Wak Niah gaul dengan jelantah iaitu minyak bekas gorengan ikan. Waktu kecil-kecil dahulu kami selalu makan begini. Hmmmm.... Wak Niah kembalikan nostalgia masa lalu!
Nasi Goreng |
Ada lagi sarapan Wak Niah sediakan.... nasi goreng!
Tak cukup hidangkan ubi rebus dan ubi salut jelantah, Wak Niah goreng pula ubi yang sudah direbus!
Ubi Rebus & Ikan Masin Jeruk |
Jadinya, tak perlulah jalan-jalan cari sarapan lagi.
Makan sajalah apa yang Wak Niah sudah sediakan.
Nasi Goreng & Ikan Keli Goreng |
Beginilah, hidangan seadanya menu sarapan kami di kampung. Alhamdulillah. Terima kasih Wak Niah. Walaupun kurang sihat, tapi Wak Niah gagahkan diri sediakan kami sarapan. Kami sangat menghargai air tangan Wak Niah.
9 comments
Alhamdulillah.. sedap2 sarapannya, ubi pun ada macam2 cara memasaknya. Sy cop ubi goreng! Semoga Wak Niah dan bonda sihat2 sahaja.
BalasPadammmg menggamit memori bila makan ubi rebus, ubi goreng.. cicah dgn sambal ikan bilis pun sedappppp hehehe
BalasPadamSeronoknya sarapan kat kampung....ikan masin jeruk tu membuka selera kan
BalasPadamSemoga Wak Niah terus diberkati
BalasPadamKalau gini, Sy pun pilih airtangan Wak Niah dari bersarapan di gerai/warung :D
BalasPadamNasi lemak bungkus area sini gitulah juga Kak, tak cukup aksesorinya. Ada kacang takde ikan bilis, ada ikan bilis takde timun :( Belum kira telur rebus, mgkn kurang dari sesuku 🫣
Macam-macam Wak Niah masak tu. Sedap2 pulak.
BalasPadamKalau nak makan vadai berlubang panas2, pagi ada jual kat Restoren Ghulam Rasul depan Econsave. Sedap vadai kat situ.
Ikan masin jeruk ni sama ke macam ikan pekasam?
BalasPadamSarapan di kampung Mbak?
BalasPadamAda mie goreng telur, nasi lemak, ada ikan asin,,,dan ada ubi rebus... ah ini hidangan sarapan yang luar biasa Mbak.
Ah saya jadi kangen ke kampung halaman ibu Mbak. Biasa kalau kesana suka disuguhi ubi rebus dan kopi hitam.
Salam,
Kak Amie, kopi tenom itu apa yaaa? Yg ditengah kopi itu penasaran pula
BalasPadamUbi pakai olesan minyak jelantah, saya blm coba 😍😍. Apalagi makan pakai ikan Masin, tp harusnya memang enak. Krn ubi kan termasuk karbohidrat . Anggab aja makan ikan Masin dengan nasi