Bermalam di Heritage Hotel Tawau
5:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid menempah dua bilik berkatil king untuk satu malam penginapan di Heritage Hotel Tawau. Sebelum ini, entah tahun bila memang kami pernah bermalam sekeluarga di sini. Tiada masalah yang kami hadapi kecuali tempat letak kereta! Maklumlah selain Hertitage Hotel, kawasan ini penuh dengan hotel lain seperti Shervinton Hotel, Princess Hotel, Monaco Hotel, King Park Hotel dan lain-lain.
Pukul 5:30 pagi kami daftar keluar. Di pagi yang dingin itulah Encik Suami memandu ke Lapangan Terbang Tawau.
Firdaus bersama bantal busuknya memang berpisah tiada. |
Apabila menginap di Heritage Hotel, tidak perlu risau tentang makanan kerana di depan, kiri, kanan dan belakang memang terdapat banyak restoran.
Harga untuk dua buah bilik berkatil king RM257.00.
Ruangan kegemaran Encik Suami.
Jom buka pintu bilik air.
Beginilah keadaan hotel lama tetapi tetap bersih dan selesa. Apa yang nampak hitam di balik pintu bilik mandi itu?
Oh, ini rupanya! |
Agak susah untuk Amie melelapkan mata malam itu. Macam-macam yang difikirkan. Baru saja terlelap, alarm pula berbunyi pada pukul 4:15 pagi.
Agak lama juga proses untuk daftar keluar.
Encik Suami dan yang lain semua sudah berada di kereta.
Amie tunggu selama 15 minit juga di kaunter. Setelah bilik selesai diperiksa, barulah dapat semula duit security deposit sebanyak RM200.00.
Syukur jugalah sebab Encik Suami dapat letak kereta di hadapan pintu masuk hotel.
Jadinya, pukul 5:45 pagi barulah kami meninggalkan hotel menuju ke Lapangan Terbang Tawau.
3 comments
Memang agak kimia la kita ..
BalasPadamHeritage Hotel ni asalnya dalam senarai..
Tapi penyudahnya kami menginap di Rooms Hotel kat Kubota Square.
Cikgu kat Tawau hingga hari apa?
Seronok dapat menginap di hotel yg bersih dan selesa begini...
BalasPadamBagus banyak keperluan disediakan dalam hotel. Macam seterika tu, takyah nak minta-minta lagi dekat reception.
BalasPadam