Minum Petang di Kala Hujan
5:29 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selangor hujan! Sepanjang perjalanan dari Georgetown cuaca cerah, tapi sampai di Rawang langit mendung. Hujan turun tetapi tidak lebat. Apabila sampai Ijok menghala ke Parit Mahang, nampak air bertakung di bawah pokok kelapa sawit. Masuk kampung, parit penuh dengan air. Sampai rumah, Wak Niah kata kelmarin dan malam tadi hujan lebat!
Kalau hujan dan sejuk pula, apa kita hendak buat?
Sudah tentulah petang yang dingin begini hirup kopi dan mencari kudap-kudapan sambil duduk bersembang di anjung rumah.
Jemputlah minum petang bersama kami.
Tapi kita sembang minum petang dari minggu lepas, hari Selasa .... ahaks!
Tapi kita sembang minum petang dari minggu lepas, hari Selasa .... ahaks!
Besan kami kirim Tuna Steak in Spring Water. Kata Aseeyah, ayahandanya baru balik dari Maldives. Tuna Steak in Spring Water ini antara oleh-oleh yang dibawa dari sana. Alhamdulillah, panjang oleh-olehnya sampai ke kampung.
Sandwich Tuna |
Sebenarnya Amie sediakan sandwich tuna untuk sarapan pagi esoknya. Jadi Amie siapkan sebelah petang, dan akan simpan dalam peti sejuk. Encik Suami pula tidak sabar hendak makan. Jadi, teruslah Amie potong dan hidangkan. Intinya seadanya sahaja. Hendak tambah daun salad, tak jumpalah pula di pasar raya di Sungai Buluh. Tambahkan sahajalah isi tuna dengan mayonis, bawang besar cincang, hirisan timun dan tomato. Amie tambahkan cili sos, secubit garam dan perahkan lemon.
Tuna Steak in Spring Water |
Tuna Steak in Spring Water |
Ada banyak buah di dapur. Amie hiriskan buah mangga, pisang kaki dan buah peach. Minumannya pula, kopi Tenom. Ketika itu Adik Chah dan suaminya datang ke rumah. Kami minum petang bersama.
Pada hari yang lain, kalau Amie rajin Amie akan ikut Encik Suami jalan-jalan cari kudapan petang. Sebenarnya tak berapa rajin hendak keluar sebab malas hendak bersiap. Encik Suami pula jenis tak berapa tahu hendak memilih makanan untuk dibeli...hiks! Kalau dipesan beli karipap, itu sajalah yang dibeli dan dibawa pulang. Sampai rumah pandai puoa cerita ada kuih itu, ada kuih ini tapi tak dibeli pula!
Kuih-kuih di bawah ini dibeli sewaktu Amie ikut bersama Encik Suami jalan-jalan keliling kampung.
Popia Inti Pergedil Ayam & Daging |
Tauhu Sumbat |
Sukanya kita dapat beli tauhu sumbat. Teringat zaman sekolah rendah, selalu beli di kantin. Zaman dulu sekeping lima sen sahaja. Sekarang sekeping 80 sen.
Kuih Mini Apam Balik |
Murtabak Daging |
Punten |
Tak Jawa namanya kalau tak makan punten dengan sambal cili padi hijau! Tapi Bonda kata, beza sangat rasa punten dulu dengan punten sekarang. Punten dulu terasa lemaknya. Punten sekarang rasa apa ya emak?
Cucu cicit kalau datang ke rumah Bonda memang akan berulang-ulang makan keropok yang memang tersedia di atas meja ruang tamu. Ada sahaja keropok dan kerepek yang di bawa oleh adik-adik atau kakak-kakak Amie. Kali ini Amie sediakan keropok yang dibawa dari Sabah.
Keropok Amplang Sotong Pedas |
Keropok Amplang Ikan |
Keropok Belinjo Sira Pedas Manis |
Keropok Belinjo Sira Gula Merah |
Tart Creme Brulee |
Pagi tadi singgah sarapan di Hentian Gunung Semanggol. Selepas makan singgah di Harolds Bread pula. Mana tahu rasa lapar dalam perjalanan bolehlah makan tart dalam kereta. Sengaja beli banyak, dan bawa sedikit ke rumah.
Bolehlah buat minum petang.
Jemput minum sama!
4 comments
Sedap2 semua menu minum petang. Teringin nak makan punten tu.
BalasPadamMinum petang di kala hujan memang nikmat, tambah pula dengan sandwich tuna dan kuih-muih yang nampak sedap.
BalasPadamGombak pun hujan hari ni...
BalasPadamMemang layan ni segala macam kuih muih sedap² belaka.
Punten tu Sy belum pernah cuba.
mcm2 menu utk minum petang...punten br 1st time mkn aritu kwn opis bw....amplang tu smlm bos blk dr sabah belikan juga
BalasPadam