Makan Nasi Briyani di Bandar Sri Indah Tawau
3:49 PTGBismillahirrahmanirrahim;
Sabtu, 18 Januari 2024. Seawal pukul 10 pagi, kami bertolak dari LD ke Airport Tawau. Walaupun penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 6:25 petang tetapi kami gerak lebih awal. Biasanya begitulah, agar perjalanan lancar dan jika ada sesuatu perkara di luar jangkaan berlaku di perjalanan, tidaklah kelam kabut. Kami berhenti di Kunak, beli keropok amplang, kuih cincin dan dua tiga jenis makanan ringan yang lain untuk dijadikan oleh-oleh. Masih banyak waktu, jadinya sempatlah Encik Suami menyusun makanan tersebut di dalam kotak.
Kami melintasi simpang ke lapangan terbang dan terus singgah di Bandar Sri Indah untuk makan tengah hari di Restoran Al Mubarak. Menu yang kami pilih:
- Nasi Briyani Ayam
- Nasi Briyani Kambing
- Chicken Chop
- Teh O Ais
- Air Suam
Firdaus : Teh O Ais |
Untuk Nasi Briyani Kambing, Amie ambil sebiji telur rebus yang memanag sudah tersedia ada di atas meja. Kupas telur dan letak atas nasi briyani.
Encik Suami mesti minta sup kosong!
Firdaus : Chicken Chop |
Dalam pinggan Chicken Chop, selain ada coleslow dan kentang goreng serta mayonis dan sos cili, ditambah pula dengan hirisan timun dan epal hijau.
Tanya Encik Suami, berapa harga keseluruhan makanan? Katanya RM46.00.
Selepas makan, kami patah balik ke simpang menuju Lapangan Terbang Tawau. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka dua petang. Kami sudah daftar masuk di atas talian. Kaunter daftar masuk untuk bagasi belum dibuka. Sempatlah kami solat dahulu di surau.
1 comments
Murahnya, banyak² macam tu RM46 je. Nampak sedap pulak semuanya, buat saya lapar.
BalasPadam