Makan Pasembur di Padang Brown
1:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami rasa lega sangat sebab Fuad yang akan memandu kereta sepanjang kami berada di Penang. Petang Sabtu 25 Januari 2025 itu Fuad bawa kami ke Padang Brown. Di sini Fuad belanja kami makan pasembur. Itu sebab sebelum kami sampai ke Penang, berkali-kali Fuad pesan jangan makan sampai kenyang, tinggalkan ruangan dalam perut untuk makan di Penang.
Jadi, di sinilah kami makan pasembur, di Zulaika Pasembur Padang Brown.
Pasembur Zulaika Padang Brown |
Sejak Fuad bekerja di Penang, ini kali keempat kami datang. Setiap kali datang, Fuad akan bawa makan pasembur di tempat yang berbeza.
Telur Sotong |
Fuad beli dua pinggan pasembur. Fuad, Encik Suami dan Firdaus satu pinggan. Amie, Abang Farid dan Aseeyah satu pinggan.
Minuman yang dipesan belum sampai tapi masing-masing tidak sabar untuk makan pasembur!
Amie memesan minuman sejuk. Ada tiga jenis bahan di dalamnya tetapi terlupa apa benda warna merah di atasnya itu. Yang lain termasuklah passion fruit dan kelapa.
Sedaplah rasa minuman ini.
Tidak begitu manis, tapi sesedap rasa.
Tidak begitu manis, tapi sesedap rasa.
Setelah habis licin dua pinggan pasembur, kami bergerak meninggalkan Padang Brown.
Sempat pula Firdaus berselfie. |
Selepas ini hendak ke mana pula?
Abang Farid tinggalkan keretanya di apartment. Encik Suami kata naik satu kereta sajalah untuk memudahkan pergerakan bersama. Jadi, petang itu penuhlah kereta Proton Pesona yang kami sewa dari KLIA1.
1 comments
Tu dia... Habis teliuar tgk gambar gambar pasemboq tu semua hihii
BalasPadam