Bunga Rampai Daun Pandan
9:47 PGBismillahirrahmanirrahim.
Bunga rampai merupakan campuran daripada beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis majlis dan adat istiadat dalam masyarakat Melayu seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkhatan, majlis potong jambul, majlis akad nikah, majlis meraikan orang ternama dan sebagainya. Bunga rampai ini menerbitkan aroma lembut harum yang memberikan impak kesegaran dalam majlis yang diadakan. Selain itu mampumewujudkan satu perasaan yang aman damai dan ketenangan jiwa kepada sesiapa yang menghidu baunya.
Encik Suami mahu juga disediakan bunga rampai untuk majlis aqiqah Hamzah. Dalam sibuk-sibuk membuat persiapan lain, sambil itu jugalah kita memotong daun pandan, ditambah hirisan beberapa jenis bunga dan tambahkan minyak wangi. Oleh kerana takut terlupa untuk menyiapkannya, kita buatlan sehari sebelum majlis. Kita tutup bunga rampai rapat-rapat dan letak di atas meja di ruang tamu. Keesokan paginya, kita buka penutup bunga rampai. Aromanya.... ya ampun! Harum semerbak memenuhi ruang tamu.
7 comments
Harumnya sampai ke sini kak 😀
BalasPadamBanyak nampaknya akak buat bunga rampai.
suka bau bunga rampai...wangi semerbak
BalasPadamterbau-bau sampai ke sini kak harumnya bunga rampai...memang betul bunga rampai ni ada bau yang boleh buat rasa tenang
BalasPadamSuka bau bunga rampai. Masa kecik² dulu rajin jugak rewang hiris bunga rampai jika ada kenduri kahwin, hihi.
BalasPadamterbau2 dah ni...sampai sini
BalasPadamwangiii.. love sgt!!
Suka bau bunga rampai ni. Dahulu kalau kenduri kahwin mesti ada bunga ramai ni. Sekarang nii dah jarang-jarang jumpa.
BalasPadamharum mewangi si bunga rampai
BalasPadam