Sarapan Orang Kampung
9:57 PGBismillahirrahmanirrahim.
Wak Niah kata tak sempat buat sarapan. Nampak sibuk betul menyediakan makanan kucing-kucingnya. Wak Niah masak nasi dan gaul dengan isi ikan untuk 11 ekor kucing peliharaannya. Ada sebungkus kuetiaw di dapur tapi keraslah pula sebab Wak Niah simpan dalam freezer. Wak Niah suruh Amie goreng. Memikirkan kena ambil masa untuk defrost, Amie minta Encik Suami jalan-jalan cari sarapan di warung-warung berhampiran.
Risau pula kalau Bonda sudah lapar, Amie panaskan bubur baki semalam dan hidangkan untuk Bonda bersama air minuman panas.
Selesai Bonda makan bubur, Encik Suami bersama Firdaus muncul di dapur membawa sarapan dari warung:
- Lontong Kuah Kacang (Ayam)
- Lontong Sambal Ikan Bilis
- Kuih Vadai, Popia dan Karipap
- Roti Canai
Lontong Sambal Ikan Bilis |
Roti Canai |
Kuih Vadai, Popia & Karipap |
Bubur Nasi |
Pagi-pagi lagi Taman Kiriman, adik lelaki Bonda hantar seberkas pucuk daun meranti yang dipetik dari kebunnya. Oleh kerana banyak, jadi Wak Niah minta Amie bahagi-bahagikan daun meranti ini untuk adik ipar, sebelah kanan rumah dan untuk anak buah di sebelah kiri rumah Bonda.
Amie lihat Bonda sedang duduk di pintu dapur melihat Encik Suami bakar sampah. Sebenarnya bukan semuanya sampah tetapi pakaian dalam kotak yang sudah dimakan anai-anai. Banyak sangat kotak berisi pakaian anak-anak Bonda diletakkan dalam bilik. Sudah berulang kali Bonda minta mereka ambil, tetapi tidak diindahkan. Kelmarin petang Encik Suami kemas bilik di bahagian atas rumah kayu, dan terjumpalah anai-anai makan kotak pakaian termasuk kotak berisi buku-buku Abang Farid.
Suasana pagi yang dapat dilihat dari pintu dapur.
Pokok Ubi |
Bonda minta kita buat 'keluban' pucuk meranti ditambah dengan pucuk ubi. Keluban bermaksud kerabu. Keluban merantan campur pucuk ubi atau kangkung kampung merupakan lauk istimewa air tangan Bonda sewaktu kami kecil dahulu.
Nampaknya sebentar lagi kenalah ajak Encik Suami cari kelapa parut untuk buat keluban!
Pucuk Ubi |
Amie petik sedikit pucuk ubi untuk dicampur dengan daun meranti. Mudah-mudahan jadilah keluban itu. Lama sungguh tak buat keluban kegemaran Bonda ini.
Wak Niah pula baru beli seekor ayam segar.
Disuruhnya Amie masak ayam tadi.
Nak masak apa ya?
Disuruhnya Amie masak ayam tadi.
Nak masak apa ya?
Kucing peliharaan Wak Niah. |
Inilah kucing Wak Niah di antara 11 ekor yang dipeliharanya. Kucing-kucing peliharaan Wak Niah ini merupakan kucing buangan. Ada orang letakkan sekotak anak kucing di pintu rumah. Ada yang sakit dan ada yang sihat. Wak Niah pelihara dan ada yang mati. Yang masih hidup dan membesar dengan sihat sebanyak 11 ekor.
31 comments
seronoknya..cemburu la SA, kita menoreh pg ni...Kak Amie seronok ngan bonda kat kampung...rasa nak terbang join sekali
BalasPadamHeheee... Teruskan menoreh ye SA.
PadamSegarnya hirup udara di kampung, dgn segala kehijauan pula, syukur alhamdulillah...
BalasPadamTak sabar nak tengok kejadian keluban tu Kak Amie :)
In Syaa Allah nanti saya kongsikan keluhan tu ya PH.
PadamBest nya suasana kampung, rindu kampung arwah tok dan tokki di Pekan. Lontong sedapnya Kak Amie.
BalasPadamMemang sedap betul lontong kuah lodeh tu.
PadamSuasana kampung memang best❤️❤️❤️
Buat cluband tu kalau ada daun kencure lagi meletop
BalasPadamamboi, dasyat betul ejaan wak nie...hihihi
PadamYa Wak. Keluvan Jawa memang bukan namanya keluban kalau tak bubuh kencur.
Padamooo keluban = kerabu hehehe
BalasPadamYa, betul. Keluvan bahasa Jawa.
Padamya, saya pernah makan keluban..mak mertua saya panggil urap..benda yang samalah kot kan..haha
BalasPadamSaya biasa panggil keluban. Mak mentua pun panggil urap-urapan.
Padamalhamdulillah..sedapnya makan lontong tu
BalasPadamBetul Linda. Sedap, cukup rasa.
Padamlama tk mkn lontong
BalasPadamJemput makan lontong Mama Tisya.
PadamAh disana ada juga rupanya lontong kuah dan telur rebus... ini enak sekali Mbak.
BalasPadamSaya penasaran dengan roti canai dan kue vadai, disini apa namanya ya...coba nanti saya googling deh.
Salam,
Lontong di sini memang makan dengan kuah lodeh, ada telur dan pelbagai jenis sambal.
PadamNanti tunjuklah kami keluban tu jika dah siap. Tentu sedap kejadiannya.
BalasPadamIn Syaa Allah SK.
Padamsedapnye...
BalasPadamSedap, hendak menambah tapi kenyang dah makan semangkuk.
PadamUwaaaah keluban itu sama dengan urap kan? Kalo dah berkumpul dengan bunda, Macam2 kuliner nak dibuat ya kak. Apalagi kak Amie pun mewarisi skill Masak bunda sepertinya. Lihat dari hasil masakan Kakak aja tak pernah tak buat lapar 😍👍
BalasPadamYa betul. Keluban sama maksud dengan urap-urapan. Sayangnya banyak menu Jawa yang tidak saya mahir untuk memasaknya.
Padamngences tenguk. Semuga Bonda semakin sihat bila melihat anak cucu berkumpul
BalasPadamAlhamdulillah. Bonda makin sihat.
PadamWaaaa best tengok menu kampung akak tu.... sayur meranti kegemaran dana tu, masak lemak putih atau tumis sedap tu kak, kadang celur dan cicah sambal pun sedap tu.
BalasPadamPeminat sayur meranti juga ya.
PadamBonda suka sangat kalau dibuat keluban.
Sedap sangat tu keluban ada daun meranti.. pahit² sket. Gemuk² plak tu daunnya. Kadang nak beli kurus je daun tak banyak.
BalasPadamwahhhh bagusnya wak niah
BalasPadammmg pecinta kucing sejati ni