From Tronoh With Love!
10:43 PGBismillahirrahmanirrahim.
Terjaga sebelum masuk waktu subuh, tersedar rupanya bukan berada di Bukit Hijau, tetapi sudah bermalam di Tronoh, Perak. Walaupun sudah hampir seminggu di Malaya tetapi tetap lagi keliru dengan waktu. Kalau di LD biasa bangun pukul empat pagi, di sini pula waktu solat subuh masih jauh!
Cuti kali ini memang rasa malas hendak bergerak ke sana ke mari. Apalagi kalau waktu pagi ketika hendak keluar sarapan. Bukan malas apa. Malas hendak bersiap... ahaks!
Alhamdulillah. Seakan terbau aroma yang membangkitkan selera ketika kita tidur-tidur ayam di dalam bilik. Rupanya Abang Farid sedang menyediakan sarapan. Encik Suami pula, awal-awal lagi sudah hilang dari bilik. Rupanya meronda keliling rumah sewa Abang Farid. Memang Encik Suami tak boleh duduk diam. Ada sahaja yang hendak dibuatnya. Kalau ada mesin rumput memang dia hendak potong rumput di tepi rumah Abang Farid.
Abang Farid sudah siap hidangkan sarapan di atas meja:
- Roti Paratha
- Ayam Masak Kari
- Ayam Goreng Tempura
Roti Parartha & Ayam Masak Kari |
Ayam Goreng Tempura |
Pada mulanya Amie sangka pisang goreng! Rupanya Ayam Goreng Tempura.
Ayam Masak Kari |
Roti Paratha |
Alhamdulillah.
Rezeki di pagi hari sarapan bersama Abang Farid.
Lepas ini bolehlah berehat-rehat sambil melayan Hamzah.
Rasanya kita hendak layan malas sepanjang hari!
8 comments
sronok sarapan dh ready by anak tu...selamat menjamu selera
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki di pagi hari.
Alhamdulillah..rezeki sarapan pagi rumah Abg Farid...seronok la Hamzah...
BalasPadamMemang sukalah dia asyik tukar-tukar tangan hendak mendukungnya.
Padamalhamdulillah..sedap tu. extra sedap sbb ada yg sediakan..
BalasPadamBetul. Hanya duduk dan cuci tangan saja.
PadamWahhhh.. macam permaisuri la Kak Amie bila duduk rumah Abg Farid. Abg Farid masak kari ayam pagi² ke tu? Roti canai, takkan Abg Farid jugak yg tebar? Hihi.. jangan marah Abg Farid, saja gurau.
BalasPadamYa, Abang Farid masak kari ayam. Roti paratha readymade, hihihii tinggal panaskan dalam kuali jew.
Padam