Menginap Tiga Malam di Borneo Tree House
4:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 21 Disember 2024 - daftar masuk di Borneo Tree House. Selasa, 24 Disember 2024 daftar keluar pada pukul 6:30 pagi untuk pulang ke sarang di LD. Abang Farid yang menempah penginapan kami di resort dua bintang ini untuk empat hari tiga malam dengan harga RM457 tanpa sarapan, dua bilik iaitu Bilik 1 dan Bilik 5.
Oleh kerana pada hari tersebut hujan sepanjang perjalanan dari LD, jadi lewatlah untuk sampai Kota Kinabalu. Sepatutnya kami ambil Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah di Klagan Regency Hotel, 1Borneo tetapi memandangkan masalah yang dihadapi, Abang Farid guna khidmat grab sahaja untuk ke Borneo Tree House.
Borneo Tree House terletak agak jauh di hujung kampung. Kami tersesat dan terpusing-pusing di jalan besar sebelum masuk jalan kampung. Walaupun guna WAZE kalau tak biasa dengan jalan di Sepanggar memang begitulah ceritanya. Akhirnya kami sampai ke resort pukul empat lebih.
Borneo Tree House |
Hujan gerimis masih turun membasahi bumi.
Kaunter pendaftaran. |
Abang Farid sudah daftar masuk untuk kedua-dua buah bilik kami.
Antara tempat penginapan yang terdapat di sini.
Borneo Tree House Restaurant & Catering. Boleh beli makanan di sini samada untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. |
Kami menginap di Bilik Satu dan Abang Farid sudah berada di Bilik 5 yang terletak nun di belakang.
Pemandangan di sekitar resort dari bilik kami.
Firdaus tidak sabar untuk mandi di kolam renang. Sayangnya hujan masih turun.
Untuk sampai ke Bilik 5, tempat menginap Abang Farid boleh melalui jalan bawah atau terus dari atas.
Boleh gunakan laluan ini untuk ke bilik Abang Farid.
Abang Farid bersama Aseeyah datang dengan Hamzah ke bilik kami.
Wah, seronoklah Tok Baba dengan Tok Mi dan Paman Daus dapat jumpa Hamzah!
Katil King dilengkapi dengan empat biji bantal.
Ada dua batang kayu (pokok hidup) di dalam bilik kami.
Antara kemudahan dan kelengkapan yang disediakan termasuklah pendingin hawa, TV skrin rata, air botol serta cerek. WIFI boleh diakses di setiap bilik.
Ada sebuah bilik air yang dilengkapi dengan pemanas air.
Tiada disediakan tisu dan juga sabun mandi.
Terdapat dua buah katil bujang di sini.
Ada kipas angin juga.
Fuad, Fairuz dan Firdaus tidur di sini. Tapi menjelang dinihari Firdaus turun ke bawah pula.
Fuad, Fairuz dan Firdaus tidur di sini. Tapi menjelang dinihari Firdaus turun ke bawah pula.
Barangkali pengusaha resort boleh membuat penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan di sini. Borneo Tree House sudah cukup cantik dan menarik untuk dijadikan tempat penginapan. Harga yang ditawarkan memang sangat murah dengan bayaran hanya RM457.00 untuk penginapan selama tiga malam untuk dua buah bilik!
Cuma pada waktu malam terdengar tikus berlanggaran di atas bumbung!
Daun-daun berguguran akibat hujan berpanjangan!
Hari pertama dan kedua Firdaus tidak dapat mandi di kolam renang!
Hujan!
Sabarlah Firdaus.
Akhirnya pada petang hari ketiga barulah bujang kenit itu dapat terjum ke kolam renang!
Akhirnya pada petang hari ketiga barulah bujang kenit itu dapat terjum ke kolam renang!
12 comments
Seronok tengok keceriaan Paman Daus jumpa anak buahnya. Bestnya resort ni Kak Amie. Teringat pengalaman sy menginap di Kinabatangan, tak ingat nama tempat sebenarnya, malas plak nak merujuk blog sendiri.
BalasPadamMurah sangat ni kak. Paling rare, siap ada batang pokok hidup dalam bilik.
BalasPadamMenarik sangat resort ni harga pun tidak begitu mahal.
BalasPadamTapi tempat makannya di mana kak ;-)
seronok bercuti dgn famili di sini nyaman suasananya
BalasPadamMenarik sgt borneo tree house ni... Ada aircond dan semua lengkap... Terbaik.. ok masuk wish list ni :D
BalasPadamUniknya tempat ni, siap ada batang pokok hidup tu! Harga mmng murah sangat dah utk 2 bilik. Tq share 😁
BalasPadamMenarik ni bermalam atas pokok!
BalasPadamMujurlah dapat juga Firdaus mandi, kesian tengok mukanya merenung kolam tu 🤭
Huntungnyer Daus asyik nginap otel aje
BalasPadamPaman daus tu tak sabar nak terjun kolam...
BalasPadamWow....Memarik banget nih...
BalasPadamRare betul bab pokok dalam bilik ..memang sesuai dengan namanya..
Comelnya cucunda Hamzah.Tok Baba,Tok Mi & Paman Daus terpancar bahagia .
Br tau kewujudan resort ni di kk... boleh masuk dlm itenary kalau ada plan ke kk... vibe hutan sangat, best
BalasPadamWah Firdaus dah jadi Paman la....dapat jugak terjun dalam kolam ye..murah tu kak RM457 untuk 3 hari 2 malam...cantik pun cantik cuma seram skit tengok pokok dalam bilik
BalasPadam