Makan Celup-Celup Pun Sedap!
4:48 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin sebaik sahaja selesai urusan kami sekeluarga di kampung, kami bercadang untuk terus ke Perak. Wak Kanang tumpang kereta kami untuk sampai ke rumahnya di Batang Berjuntai. Dari situ kami ikut jalan ke Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan dan seterusnya Sabak Bernam. Akhirnya sampailah kami ke Seri Iskandar pada pukul empat petang. Oleh kerana perut belum diisi dari tengah hari, jadi terasalah lapar yang amat sangat!
Kami singgah di Restoran Rusna Seafood. Kalau boleh hendak makan dengan segera sebab tak sanggup layan perut yang berkeroncong.
Jadi semuanya memesan makanan celup-celup sahaja. Apabila ditanya makanan yang boleh dihidang segera, pekerja restoran yang sudah semestinya orang Kelantan kerana bercakap loghat Kelantan beritahu kami, ada mi celup, kuetiaw celup, bihun celup, maggi celup dan segala yang celup-celuplah! Jadi kami memesan:
- Kuetiaw Celup
- Bihun Celup
- Mi Maggi Celup
- Lai Chi Kang Panas
- Teh O Ais
Bihun Celup Daging |
Lai Chi Kang & Teh O Ais |
Firdaus : Mi Maggi Celup |
Amie : Bihun Celup |
Selesai makan celup-celup, kami pun menuju ke tempat tinggal Abang Farid. Terpandang gerai nasi lemak, singgah dan beli bawa ke rumah Abang Farid.
Sebelah malamnya, semua keluar makan kecuali Amie. Malaslah hendak bersiap sebab sudah mandi.... ahaks! Abang Farid hendak belikan makanan bungkus, tetapi Amie kata tak perlu. Ada nasi lemak. Kita balun dua bungkus!
Hari ini rasa di zon selesa sebab boleh tidur baring dalam bilik. Sesekali layan Hamzah kalau cucunda kami bangun tidur. Dalam hati sudah berangan-angan, petang sedikit nanti hendak ajak Encik Suami makan celup-celup lagi. Rupanya Abang Farid ada rancangan lain. Katanya pukul lima petang nanti, kami semua akan di bawa jalan-jalan ke Ipoh!
2 comments
Semua celup2 yang sedap + Laicikang.. Yumm. Seronok baca trip Kak Amie balik bercuti ni.
BalasPadamAduh nyamannya laicikang tu ....
BalasPadamNasi lemak tu sebungkus mmg tak cukup Kak Amie hihi...