Makan Nasi Briyani Pakistan Lauk Ayam Tanpa Kulit
7:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat Jumaat, Encik Suami ambil kita di ladang getah dengan membawa bersama Firdaus dan Abang Farid. Kami singgah makan di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan, tak jauh dari ladang - hanya melewati gereja dan kedai perabut sahaja.
Nasi Briyani Pakistan |
Nasi Briyani Pakistan hanya dijual pada hari Jumaat sahaja. Biasanya memang ramailah pelanggan yang akan datang ke sini. Suatu ketika dahulu kalau Amie makan nasi briyani bersama Encik Suami, Amie akan pilih lauk ikan goreng. Sejak akhir-akhir ini tiada pula ikan goreng. Selain ayam goreng, terdapat pilihan lauk lain seperti daging rusht, ayam masak kari, kambing dan sebagainya.
Masakan Pakistan, ayam yang digoreng tanpa kulit! Memang sama caranya seperti yang kami temui semasa berada di Pakistan! Nasi briyaninya harum aroma air mawar. Kami makan berempat dengan menu:
- Nasi Briyani Pakistan Ayam Goreng
- Nasi Briyani Pakistan Ayam Goreng (bungkus)
- Nasi Briyani Pakistan Daging Rusht
- Mi Maggie Goreng
- Roti Paratha & Channa Masala
- Teh Pakistani
- Teh Ais
- Teh Lemon Panas
Abang Farid kata, jumlah keseluruhan RM57.50 sen.
Amie : Nasi Briyani Pakistan Daging Rusht |
Channa Masala & Roti Paratha |
Encik Suami : Roti Paratha |
Firdaus : Mi Maggie Goreng |
Walaupun Encik Suami hanya makan roti paratha tetapi Abang Farid dan Firdaus turut membantu! Kita pun sama juga, tolak nasi briyani ke tepi dulu dan ikut makan sama! Roti paratha yang masih panas memang sedap makan dengan channa masala.
Firdaus dengan Teh Ais. |
Firdaus ini walaupun ada minuman sendiri tetapi tetap juga hendak merasa Teh Pakistani Encik Suami.
4 comments
Amboi Daus!
BalasPadamWak kalau makan ayam goreng, cari kulit dulu
BalasPadamMurahnya nampak sedap semua menunya tu. Original pakistan mesti sedap.
BalasPadamFirdaus dh nmpk makin matang dah, lama pulak tak perati dia, dulu kecik je dia masa mula-mula kenal blog ni
BalasPadam