Naik Keretapi Kabel @ Funikular Bukit Bendera
9:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah lama Fuad rancang untuk bawa kami jalana-jalan ke Bukit Bendera. Amie pun selalu mencari info tentang tempat menarik di negara kita ini. Dari kecil, sejak di sekolah rendah selalu mendengar nama Bukit Bendera. Di usia senja begini baru berkesempatan untuk ke sana. Jadi terbayang-bayanglah:
- Keretapi Kabel @ Funikular Bukit Bendera
- Menyaksikan keindahan bandaraya Pulau Pinang dari viewing deck 180' - kalau cuaca bagus boleh melihat Jambatan Pulau Pinang lama dan baharu, Menara Komtar, Pulau Jerejak, Fort Cornwallis, Terminal Feri dan sebagainya.
- Melihat matahari terbit dan matahari terbenam (bergantung waktu lawatan).
- Santai-santai di Dataran Bukit Bendera menikmati keindahan alam.
- Melawat Muzium Burung Hantu
- Singgah di Taman Permainan
- Dan lain-lain
Untuk dewasa, harga tiket sebanyak RM16.00. Fuad beli tiket sebelum pukul 11 pagi. Banyaknya orang beratur beli tiket. Kata Fuad, mungkin musim cuti sekolah jadi ramailah yang datang ke sini. Dan kami bersusun di ruang menunggu, berbaris mengikut giliran. Lebih satu jam berdiri dan maju sedikit demi sedikit ke hadapan. Pukul 12:10 tengah hari barulah sampai giliran kami naik funikular.
Sebenarnya kita rasa macam hendak lari keluar sahaja dari berhimpit-himpit berbaris di ruang menunggu. Tapi, sabar sajalah.
Giliran kami (Trip 28) menaiki funikular. |
Keadaan di dalam funikular yang penuh sesak. Kami tidak dapat tempat duduk. Kena berdirilah sepanjang naik ke Bukit Bendera. |
Tak banyak gambar yang dapat dirakam ketika berada di Bukit Bendera. Kenapa? Hujan mula turun dan kabus menyelubungi suasana.
Kami naik buggy untuk melihat pemandangan di sekitar.
Fuad kata harga buggy pergi dan balik sebanyak RM45.00.
Ramai sungguhlah orang di sepanjang jalan. Kebanyakannya dari luar negara terutama orang putih. Orang kita pun lagilah berganda ramainya.
Selepas makan di Cliff Cafe, kami mula bergerak untuk pulang.
Hujan terus mencurah-curah dan tempiasnya sampai ke ruangan menunggu.
Lewat pukul tiga petang barulah tiba giliran kami menaiki funikular untuk turun ke bawah. Nampaknya hasrat untuk sampai ke Bukit Bendera sudah tercapai. Namun begitu segala tempat yang diimpikan untuk dilawati hilang dari pandangan kerana dilitupi kabus. Hendak jalan-jalan pun hujan masih tak berhenti.
Tidak apalah.
Cukup sekali ini sahajalah naik ke Bukit Bendera.
Cukup sekali ini sahajalah naik ke Bukit Bendera.
Den tak sanggup berdiri lama di ruang menunggu sewaktu hendak naik dan hendak turun bukit! Sedar diri sebab bukan muda lagi... ahaks!
Sewaktu kami tiba di bawah, masih ramai pengunjung berbaris menanti giliran untuk naik funikular.
Bukankah funikular beroperasi dari pukul 6:30 pagi sehingga 11 malam? Agaknya entah berapa ribu ramainya pengunjung pada hari ini. Walaupun hujan tetapi mereka tetap juga hendak naik ke atas.
Cuti sekolah dan cuti Tahun Baru Cina memang beginilah, kata Fuad. Fuad sudah beberapa kali naik Bukit Bendera tetapi tidak pernah mengalami suasana sesak seperti pada hari ini.
1 comments
Macam kat obesi
BalasPadam