Sarapan di Warung Tamu Kota Belud
5:39 PTGBismillahirrahmanirrahmin.
Kelmarin Hamzah sudah selamat sampai ke Malaya. Tak terasa dua minggu bersama Hamzah. Tidak puas rasanya melayan keletahnya setiap hari dari pagi hingga ke malam dan sambung keesokan paginya.
Tak apalah.
Setiap pertemuan sudah tentunya ada perpisahan. In syaa Allah kami akan bertemu Hamzah lagi ketika musim cuti sekolah tidak lama nanti.
Setiap pertemuan sudah tentunya ada perpisahan. In syaa Allah kami akan bertemu Hamzah lagi ketika musim cuti sekolah tidak lama nanti.
Sewaktu kami menginap tiga malam di Borneo Tree House Sepanggar, Amie dan Encik Suami sempat jalan-jalan ke Tamu Kota Belud pada pagi Ahad. Perjalanan kami diiringi hujan renyai dan sesekali hujan bertambah lebat. Sebaik sahaja sampai ke Tamu Kota Belud kami terus menuju ke warung. Perut hendak diisi terlebih dahulu sebelum meronda tamu. Hujan masih renyai-renyai, dan suhu sejuk itulah yang buat perut minta segera dilayan.
Jom singgah warung makan di Tamu Kota Belud. Nampaknya setiap gerai sudah dipenuhi pelanggan. Kami mencari warung di bahagian tengah yang masih mempunyai kerusi dan meja yang kosong.
Ada sarapan apa yang boleh dijamah di sini?
Encik Suami makan pulut panggang.
Ini pulut inti. Ambil gambar saja tapi tak makan.
Selesai makan pulut panggang, Encik Suami makan sebungkus nasi lemak pula.
Sebenarnya Amie memesan bihun sup tetapi melihat Encik Suami berselera makan nasi lemak, kita pun buka satu bungkus. Isinya tidaklah banyak tetapi memang cukup rasa dan sangat menyelerakan.
Sambalnya pun sedap.
Tak apalah, nanti datang bihun sup boleh minta tolong Encik Suami makan.
Tidak lama kemudian sampailah bihun sup yang dipesan. Ada hirisan timun itulah yang menaikkan aroma sup. Amie tambah sebiji telur rebus.
Ajak Encik Suami makan sekali.
Ada sebuah bekas berisi kuih. Di dalamnya ada tiga jenis kuih yang dipotong comel. Menurut peniaga di warung itu, kuih tersebut diberi percuma untuk pelanggan. Amie ambil sepotong kuih penjaram. Kuih penjaram Kota Belud memang terbaik!
Terima kasih peniaga warung di sini yang menyediakan kuih percuma untuk pelanggan yang datang menjamu selera.
Hujan masih renyai-renyai tetapi kami perlu meninggalkan warung ini. Banyak benda yang hendak dicari dan dibeli... ahaks!
7 comments
Macam-macam ada. Sedapnya nampak kuih muih.
BalasPadamSemua sedap, penjaram tu macam pernah makan.
BalasPadamNasi lemak yang comel ² memang sedap dimakan.. Tapi tak cukup 1 le.. Hehe.. Alhamdulillah, bungkusannya selamat sampai ke bumi Melaka.
BalasPadamBestnya sarapan kat warung macam ni. Bertambah best kalau menu semua sedap.
BalasPadamComel jer nasi lemak dia.. sesuai nk buat tambah hihii.. makanan di warung kg seperti ini mmg terasa kelainan :D
BalasPadamPemurah hati peniaganya, dahlah makanan sedap, dapat pulak kuih percuma.
BalasPadamkuih percuma?
BalasPadambest nyaaaaa
sedap2 pula tu