Menginap Dua Malam di Beacon Executive Suites 2BR at Georgetown
12:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pada mulanya kami tidak merancang untuk ke Penang. Memandangkan Fuad berkali-kali bertanya bila kami akan ke sana, akhirnya kami putuskan alang-alang sudah sampai ke Tronoh, eloklah terus ke Penang. Fuad pesan, jangan penuhkan perut sebelum sampai ke sana. Agaknya hendak belanja makan pasemborlah itu.
Abang Farid sudah tempah tempat penginapan di Beacon Executive Suite 2BR di Georgetown. Dengan menggunakan akaun Amie, tempahan melalui Booking.com sudah tentulah dapat potongan harga. Untuk penginapan dua malam, bayarannya RM604.00.
Hampir pukul lima petang barulah kami sampai ke pintu masuk penginapan kami di apartment yang terletak di 142, Jalan Sungai Pinang, Taman Pandan Jaya, Georgetown Pulau Pinang.
Sebaik sahaja buka pintu, inilah pemandangan pertama yang kami lihat. Di bahagian ruang tamu terdapat sebuah katil. Abang Farid kata, kalau Fuad mahu bermalam bersama kami, bolehlah tidur di situ.
Hiasan dalamannya nampak kemas dan tersusun.
Sedap mata memandang.
Ruangan dapurnya pun rapi dan bersih.
Kemudahan yang disediakan termasuklah dapur, cerek elektrik, dapur elektrik, peti sejuk, oven dan microwave.
Mesin basuh turut disediakan.
Botol mineral water besar itu Abang Farid bawa sendiri.
Botol mineral water besar itu Abang Farid bawa sendiri.
Bilik tidur Abang Farid. |
Dalam bilik Abang Farid ada tilam tambahan tetapi akan dikenakan RM50.00 sekiranya digunakan. Sudah tentulah kami tidak usik sebab tempat tidur pun sudah cukup.
Katil tambahan terletak di dinding bilik.
Ada dua buah bilik air sebelah menyebelah. Ini bilik air sebelah bilik Abang Farid.
Jom masuk bilik kami pula.
Kami berada di tingkat 20. Rasa gayat jugalah kalau melihat pemandangan di bawah.
Ambil gambar pemandangan sekitar dari balkoni.
Tak sabar rasanya hendak rebahkan diri dan berehat di sini.
Selimut dan kemudahan lain dalam almari.
Bilik air kami.
Sayangnya iron board dan sterika dalam keadaan uzur. Abang Farid minta Amie ambil gambar. Gambar-gambar ini dan tarikh serta masa yang tercatat boleh dijadikan bukti bukan kami yang melakukannya.
Keadaan sterika yang tidak sempurna. |
Tidak lama kemudian Fuad sampai.
Alhamdulillah dapatlah basahkan tekak dengan jus oren dan air mineral sejuk yang dibawa Fuad.
Hasrat untuk meluruskan kaki dan pinggang selepas solat jamak terpaksa dibatalkan sebab Fuad hendak bawa kami keluar makan. Menurut Fuad, Georgetown ketika ini mengalami kesesakan lalu lintas. Tengoklah keadaannya macamana nanti.
1 comments
Sangatlah selesa bila dtg beramai seisi keluarga macam ni.. mmg kena amik homestay apartment mcm ni.. senang..
BalasPadam