Jalan-Jalan Cari Sarapan di Sepanggar
10:58 PGBismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid lebih suka memesan sarapan melalui Foodpanda atau makan di Borneo Tree House Retaurant & Catering. Amie dan Encik Suami pula lebih suka meninjau-ninjau di sekitar Kampung Tebobon kalau-kalau terjumpa warung atau gerai makan. Akhirnya Encik Suami memandu keluar dari kawasan Kampung Tebobon, Sepanggar dan kononnya hendak menuju ke Tuaran. Namun begitu, di pertengahan jalan kami singgah sarapan di sebuah warung. Tak ingat apa nama warung tersebut.
Kami minum kopi O dan masing-masing mengambil sedikit sarapan.
Amie : Mi Goreng & Sayap Ayam Goreng |
Encik Suami : Kuetiaw Goreng & Telur Mata |
Dalam perjalanan pulang ke Borneo Tree House kami singgah tiga buah gerai beli karipap, nasi lemak dan kuih akok.
Gerai 1 - Hanya beli karipap sahaja. |
Gerai 2 - Beli tiga bungkus nasi lemak. |
Sedap juga nasi lemaknya. |
Gerai 3 - Kuih Akok |
Kerepek Pisang Tanduk |
Kerepek Pisang tanduk ini Amie beli di Tamu Kota Belud. Saja jew masukkan dalam bekas tupperware untuk kudap-kudapan.
3 comments
Amie bawak bekas sekali masa beli makanan tu? Bagus betul..
BalasPadamLinda pun kalau teringat, kadang2 pegi kafe bawak bekas sekali.. Syg pula nk buang2 plastik, lagi2 plastik cawan..
SA pun kadang bawak bekas sendiri pergi beli sarapan...kalau boleh nak elak dari penggunaan bekas pakai buang jenis Styrofoam food container, x bagus untuk bumi dan kesihatan
BalasPadamBagus jugak masukkan dalam tupperware tu, Kak Amie. Kedap udara dan selamat dari dimasuki serangga dan cicak, hihi. Rajin betullah Kak Amie bawa tupperware² tu.
BalasPadam