Jalan-Jalan di Tamu Sipitang
9:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tahun lepas, buat pertama kalnya kami jejak kaki di Sipitang, dan kenangannya ada di bawah ini:
- SATE JAMRUT DI GERAI ESPLANADE SIPITANG
- PANTAI MERINTAMAN SIPITANG
- BERMALAM DI PAN BORNEO INN MOTEL SIPITANG
- MEMBURU SATE DI GERAI ESPLANADE SIPITANG
- JALAN-JALAN CARI MAKAN DI SIPITANG
- SARAPAN SATE KERBAU SIPITANG
Tamu atau pasar di Sipitang diadakan pada hari Rabu. Kebetulannya kami jalan-jalan ke Sipitang pada hari tersebut. Jadi, singgahlah kami di Tamu Sipitang. Sebelum jejak kaki ke Tamu Sipitang, kami singgah di gerai tepi jalan dahulu. Terpikat dengan longgokan nanas, jadi kami pun beli. Ada yang dijual selonggok, saiz kecil RM10.00. Yang lain dijual dengan harga RM6.00 sekilogram.
Menyesal pula hanya beli tiga biji. Isi nanas ini tidak berair tetapi manis! Kami bawa pulang jambul nanas ke Lahad Datu untuk ditanam. |
Nampak buah langsat acam sedap jew! Sekilogram berharga RM18. Kami beli, tapi rasanya masam! |
Duku langsat pun berharga RM18 sekilogram. Beli jugalah untuk rasa-rasa. Beli juga limau madu, tapi rasanya masam...mungkin belum masak! |
Sekaang kami berada di Tamu Sipitang. Kami hanya di kawasan tertentu sahaja, dan tidak semua tempat dijejaki. Sama juga seperti pasar lain, ada bahagian jualan daging dan hasil laut. |
Belacan Binsulok memang berkualiti! |
Ikan bilis, udang kering dan ikan masin. |
Geram melihat ikan belanak masin! |
Isi ikan masin ini sedap betul kalau dibuat acar! |
Kerepek pisang sira pedas. Sedap! |
Ikan Minyak-Minyak dalam bekas bertutup. Hanya tinggal satu bekas. Amie beli dengan harga RM5.00. |
Beli juga tahai (ikan tamban salai) dan sambal tahai. |
Ame beli beberapa jenis kuih tradisional di sini. Memang tidak rugi membeli kerana rasanya sangat sedap, kerana dihasilkan secara tradisi. |
Di tengah-tengah tamu ada sebuah rumah tradisional iaitu rumah masyarakat Murut.
Rumah tradisional masyarakat Murut. |
Suasana di tempat jualan hasil kampung. |
Tempat jual ubat tradisional. |
Ada longgokan tuhau. |
Bunga kantan dijual berikat-ikat, tapi tak tahu berapa harganya. |
Sayur-sayuran kampung. |
Melihat betik mengkal begini, teringat sup ayam dengan betik bubuh daun kemangi! |
Sudah sampai Lahad Datu, masih terbayan-bayang nanas yang sedap di Sipitang!
Kenapalah tak beli lebih! Di Lahad Datu bukan tidak ada nanas, tapi susah nak jumpa yang sedap manis seperti di sini. |
Nanas oh, nanas! |
3 comments
Ikan masin, udang kering dsbnya nampak baru dan segar ye Kak Amie, rugi jika tak beli.
BalasPadamAlahai, teringat² pulak nenasnya ye :)
SA suka kalau Kak Amie bawak jalan- jalan ke sini..belacan Binsulok tu ada dijual di shopee tak agaknya..nak check la..hahaha...tertawan hati SA tengok
BalasPadamSaya pun teringin sangat nanas yang betul-betul manis tapi tak jumpa..
BalasPadamYang ada pun baby nanas dari Thailand tu..pemanis tiruan katanya..wallahua'lam