Roti Paratha Homemade & The Gang
8:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi!
Hari ini Jumaat. Sudah sembilan hari kita menunaikan ibadat puasa. Semoga setiap hari yang dilalui dilimpahi dengan keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. In syaa Allah.
Jangan lupa selalulah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dalam al-Quran, surah al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada nabi. Wahai orang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."
An-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad SAW berpesan:
"Sesungguhnya orang paling dekat dengan-Ku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
Bacalah selawat :
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad."
Maksudnya:
"Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga Nabi Muhammad."
Sumber: Riyadus Solihin (Taman Orang Soleh)
Apa cerita hari ini?
Seperti kelmarin dan kemarinnya, LD hujan dari tengahari hingga menjelang senja. Dalam rumah, kalau tak buka lampu memang gelaplah. Hendak berjalan ke dapur pun boleh terlanggar kaki kerusi dan kaki meja.
Petang ini ruang dapur kita dipenuhi aroma yang menusuk! Apabila cuaca sejuk dan hujan memang cepatlah merebak aroma masakan dari dapur menerjah ke ruang tamu dan kalau buka pintu rumah, sampai ke pintu pagar boleh dihidu. Itulah aroma kuah kacang kuda dengan aroma keema daging! Petang tadi kita buka puasa dengan roti paratha. Waktu hujan begini tiba-tiba hinggap pula mambang rajin nak uli tepung buat roti paratha. Agaknya mambang tu terlepas dari kandangnya di Tanah Jauhar! Pinjam sekejap mambangnya ye SK.

Roti Paratha Homemade dengan Keema Daging & Kuah Kacang Kuda. |
Kuah Kacang Kuda. |
Puas hati dapat makan sepuasnya kuah kacang kuda. Kalau makan di kedai Pakistan, seco'et saja dapat merasa. Sepinggan kecil RM6.00. Kalau beli kacang kuda RM6.00 boleh dapat masak seperiuk besar! Itu kalau rajin masak sendirilah. Kalau tak rajin atau tak ada kesempatan, makan sajalah di kedai Pakistan.
Keema Daging. |
Encik Suami kata, susah sangat hendak dapat daging cincang. Rezeki hari ini, Encik Suami dapat daging cincang setelah mencari ke coldstorage yang ketiga. Amie masak semua 500 gram, dan selebihnya simpan dalam freezer. Lain kali kalau hendak makan dengan roti paratha lagi, keluarkan dan nyahbeku sahaja.
Teh Masala Homemade. |
Jemput berbuka puasa. Hari ini kami pilih selera India. |
6 comments
Wah...sedapnya homemade roti paratha...kuah kacang kuda saya suka..
BalasPadamDah lama tak masak roti paratha..macam nak kena masak ni..hihihi
Baru tadi ulang makan di dapur. Maklumlah masih siapkan kerja-kerja menoreh, dah lewat malam perut rasa lapar pulak.
PadamSaya terliur tengok keema daging. Pandainya Amie masak.
BalasPadamAduh, patutlah sy diserang kemalasan.. rupanya mambang rajin ku terbang hingga ke Lahat Datu sanunnnnn.
BalasPadamkalu buat sendiri ni kompem berkeping2 sy telan ehh 🤭😁
BalasPadamRajin kak Amie.. Keema tu nampak mengancam..
BalasPadam