Singgah Sarapan di Warung Tamu Kota Belud
3:39 PTGSewaktu jalan-jalan di Tamu Kota Belud, ternampak warung makan pula. Perut belum diisi. Baiklah singgah cari kopi barang secawan. Agak ramai jugalah pelanggan yang sedang menjamu selera di gerai pilihan.
Setiap meja dilengkapi dengan gelas, minuman kosong, pelbagai perasa tambahan seperti kicap lada dan sebagainya. Nampak kemas dan menarik perhatian pelanggan yang datang. |
Firdaus pula buat hal. Tak mahu berganjak dari tempat penjual latok-latok. Lama jugalah dia tunjuk perasaan dengan kami. Dia berbual-bual dengan penjual latok-latok. Setelah agak lama berdiri memandang latok-latok, fahamlah kami Firdaus merajuk! Akhirnya terpaksa belikan juga dengan harga RM10.00. Barulah ada senyumannya!
Agaknya kenyang dapat latok-latok, tak mahu makan pula budak ini! Minum pun tak mahu!
Ada nasis lemak dan pulut inti. |
Encik Suami : Bihun Goreng |
Amie : Semangkuk soto perut dan segelas kopi Tenom. |
Belanja video tujuh saat Firdaus main latok-latok.
7 comments
Kalau lato2 mcm Daus ni, sy terror main sbb dulu masa adik kecik2 dah ada lato2 ni. Aduhh.. lapar pulak tengok makanannya semua Kak Amie.
BalasPadamLatok-latoknya tertinggal di LD. Tu pasal merengek nak beli latok-latok di KB.
PadamLato-lato macam ni la bagus.... tali keras
BalasPadamTak berapa takut kalau terlepas ye Uncle.
PadamLaaa...ingat Daus makan latok anggur laut tu🤭
BalasPadamPerut tebal hitam tu pernah jadi perdebatan dalam MAHN kat FB sikit masa dulu.
Tapi serius ,walau ada yang mempersoalkan kehitamannya
.,saya teringin nak merasa perut tebal hitam tu ..
Ya, saya ikuti perdebatan itu.
PadamSeingat saya memang ada warna hitam. Masa kecik-kecil selalu tengok hidangan waktu kenduri kahwin, masakan babat (perut lembu) dicampur dengan kacang tunggak, fucuk, suhun dll.
Perut tu tebal.. Puas kunya tu.. Kenyang ye Firdaus dengan lato-lato.. hehehe..
BalasPadam