Selamat Datang ke Pekan Nabalu
9:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita 25 Februari 2023.
Perjalanan dari Lahad Datu seawal pukul 6:20 pagi. Encik Suami tidaklah tergesa-gesa memandu laju, kerana banyak jalan berlubang yang perlu dilalui. Biasanya kami akan singgah makan di Ranau, tetapi kali ini kami hendak makan di Pekan Nabalu pula. Pukul 12:45 tengahari barulah kami jejak ke sini. Kami ambil kesempatan jalan-jalan di sekitar Pekan Nabalu.
Banyak gerai jualan cendera kenangan, dan juga makanan ringan. Kalau sudah melihat banyak barangan yang cantik, memang rambang mata dan susah hendak memilih pula!
Kain batik Borneo yang pelbagai, dengan motif yang menarik. |
Beras kampung, jeruk tuhau, serondeng bunga kantan dan pelbagai makanan ringan turut dijual di sini. |
Antara makanan tradisional termasuklah kuih cincin. |
Anak & bapa bersama nanas manis! |
Di seberang sanun, ada pentas tempat para penari membuat persembahan. Di sebelah kiri ada menara tinjau dan di sebelah kanan gerai cendera kenangan. |
Menara Tinjau. Kalau rajin daki tangga hingga ke atas, bolehlah menikmati pemandangan di sekitarnya. |
Jom ronda di Gerai Pekan Nabalu pula. |
Jamu mata sahajalah. |
Perjalanan baru bermula. Jadi, tak dapatlah hendak rembat banyak-banyak. Lagi pun kali ini, hanya hendak banyak merehatkan minda dan fizikal sahaja. |
Tapi... sempat angat empat helai batik Borneo! |
8 comments
Memang rambang mata, lagi best kalau duitnya berkepok, Kak Amie.
BalasPadamHahaaa... memikir nak angkut satu hal juga, sebab banyak benda di tempat lain nak diborong.
Padamcantik2nya batik borneo tu...
BalasPadamBetul, cantik-cantik!
PadamMemang rambang mata tengok.
waduh kalau pi sini mau rambang mata ni nak memborong...hehehe geramnya tenguk.
BalasPadamBetul Notie.
PadamApakan daya, tempat dituju masih jauh. Jadi sekejap sajalah di sini.
Rindunya nak menjejak kaki dan menjejak kasih ke Sabah..
BalasPadamAkinabalu seakan memanggil...semoga ada rezeki ke sana lagi
pernah sampai sini, beli souvenir...teringat makan buah tarap di sini..
BalasPadam