Jalan-Jalan Malam ke Tanjung Aru
6:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketika meninggalkan Peddasss Cafe, jam sudah menunjukkan pukul 09:30 malam. Abang Aznan ajak pergi ke Tanjung Aru. Oleh kerana Fairuz yang memandu, kami ikut sahaja ke mana steseng berpusing. Suasana di Bandaraya Kota Kinabalu yang sentiasa sesak dengan kenderaan dan manusia membuatkan Encik Suami mengambil keputusan untuk tumpang sahaja kereta dengan Fairuz. Maklumlah, kami bukan lagi kategori orang muda... ahaks! Melihat sinaran lampu kenderaan di kiri kanan jalan di waktu malam sudah membuatkan kami hilang pandangan! Lahad Datu tidaklah sama keadaannya dengan Kota Kinabalu yang tidak tidur sepanjang malam!
Tanjung Aru, atau lebih khusus Pantai Tanjung Aru sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Kalau datang pada waktu petang atau senja, memang tidak dapat tempat letak kereta. Pengunjungnya sangat ramai! Hendak beli makanan pun terpaksa beratur panjang. Syukurlah kami datang ke sini hanya untuk mencari jagung dan kacang rebus sahaja buat kudap-kudapan.
Pelbagai pilihan makanan boleh dinikmati di sini atau dibawa pulang. |
Banyak gerai menjual jus buah-buahan segar. |
Gerai jagung dan kacang rebus. |
Gerai buah-buahan segar. |
Gerai begini paling digemari anak-anak! |
Singgah di gerai jagung dan kacang rebus! Dalam perjalanan pulang, kami makan jagung mayonis di dalam kereta.. |
3 comments
oden,cheese memang kesukaan anak2 muda semuanya nak 'dicheesekan'
BalasPadamKan.
PadamItulah makanan kegemaran anak-anak sekarang.Kita terkulat-kulat memandang ... ahaks!
Tanjung Aru..Walau baru 2x ke sana tapi tetap terkenang hingga kini...
BalasPadam