Singgah Makan di Warung Sate Lembah Brunei, Benoni Papar
5:27 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami hanya separuh jalan sahaja di Muzium Negeri Sabah. Kami terima berita duka, biras kepada kakak ipar menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1100 pagi. Jadi, semua menuju ke Kimanis, rumah arwah. Perjalanan memakan masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit. Ketika kami sampai, jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan. Kami menyusul ke sana. Abang Aznan sekeluarga bersama kakak ipar dan anak-anak buah terus berada di Kimanis untuk menyempurnakan majlis tahlil pada sebelah malam. Kami meneruskan perjalanan kembali ke Penampang.
Apabila melihat jam, rupanya sudah lewat pukul tiga petang! Patutlah perut rasa lain macam! Kami singgah di Warung Sate Lembah Brunei yang terletak di Benoni, Papar.
Sate Lembah Brunei |
Apabila mendongak ke bahagian atas, terpandang dekorasi yang agak menarik! |
10 cucuk sate ayam. 5 cucuk sate kambing. 5 cucuk sate daging. 3 bungkus kelupis. |
Anak bapak kepala botak! |
Kelupis. |
Firdaus : Nasi Goreng Tom Yam. |
Firdaus baca doa makan. |
2 comments
Takziah Kak :(
BalasPadamKyusuknya Firdaus baca doa, macam ustaz² je :)
Ingatkan pi Brunei lagi...hihihi
BalasPadamInnalillah...semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.