Alas Perut dengan Nasi Lemak Sebelum Keluar Menoreh
9:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini menoreh lagi. Pukul 1630 balik ke hotel. Selepas solat maghrib, jalan-jalan cari makan dengan Nora di Subway, dan kemudian mencari cendol durian pula. Setelah isi perut, masing-masing dengan haluan, Amie balik ke hotel dan Nora shopping di mall.
Sebelum keluar menoreh pagi tadi, kami alas perut dengan beberapa jenis makanan yang disediakan di Rosea Cafe. Breakfast buffet di sini bermula seawal pukul 0600 hingga 1030 pagi. Banyak pulalah pelancong Korea di hotel ini. Oh, ya! Semenjak dua menjak ini banyak sungguhlah pelancong dari negara kimchi itu datang ke Kota Kinabalu.
Pagi ini Amie ambil sarapan nasi lemak, tapi sesudu besar sahaja sebab nak isi perut dengan makanan lain pula. Ambil mi goreng pun sesudu besar juga. Ambil juga kari daging, selain sambal tumis, telur rebus, kacang tanah dan ikan bilis goreng.
Nasi Lemak & the Gang |
Minum dua gelas jus buah: Mangga & Jambu Batu Merah |
Sebelum makan nasi lemak dan minum jus buah, kita makan buah dulu. Kita ambil tiga jenis potongan buah iaitu honeydew, betik dan tembikai kuning. Kita bubuh daun salad & the gang dalam piring. |
Setelah makan buah-buah potong, kita isi piring dengan sebatang sosej daging dan kentang panggang. |
Terpikat melihat potongan roti canai yang kecil comel, kita pun ambil dan bubuh kuah serta sebiji telur mata. Aduhai, sedap pula kuah karinya! |
Bubur nasi kegemaran! Ambil satu senduk sahaja, ditambah dengan hirisan lobak jerukdan bubuh telur hitam (egg century) banyak-banyak! |
Terakhir : Lempeng dengan madu, ambil sekeping jew! |
Sempat jeling sarapan pilihan Nora. Ini piring dan mangkuk bubur Nora yang pertama! Seterusnya, tak tahulah apa yang Nora ambil....ahaks! |
Terima kasih suami Mewah kerana tumpangkan kami ke tempat menoreh. Esok kami sambung menoreh lagi. Jumpa lagi dan selamat malam.
12 comments
Sedap2 makanan hotel yg Kak Amie ambik ni. Menoreh ke mana tu? :)
BalasPadamMenoreh di Likas.
PadamKemain ye sarapannya sebelum keluar menoreh tu :p
BalasPadamTapikan hidangan buffet di hotel ni semua nampak menggoda, semua rasa nak cuba hihi ..
Memang banyak PH. Itu sebab ambil sikit-sikit sebab nak rasa.
PadamMenoreh? Kiasan ke?
BalasPadamHehe boleh pula ambil sedikit-sedikit. Kalau saya yang saya suka ambil banyak-banyak. Lain tidak pandang.
Haaa... kiasan hadiri kerja waktu cuti.
Padamwahh nampak sedap bubur dia..
BalasPadamwah pelbagai tu sedap semuanya
BalasPadamMenoreh? Ooo... pergi kerja, ye? :)
BalasPadamSedapnya tengok gambar hidangan.
Bukan calang2 menoreh ni, Kak Amie.
BalasPadamLawak la tajuk dia...🤭
BalasPadammacam-macam dah semua sedap, tergoda nengok aneka pastry tu
BalasPadam