Minum Susu Kacang Soya Panas Sebelum Pergi Menoreh
9:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setahun datang, setahun pergi. Hari ini Amie dan Nora sarapan pagi bersama. Tidak lama kemudian muncul Suan dan Mewah. Kemudian kami menuju ke tempat mesyuarat di sanun. Kota Kinabalu tenang-tenang saja sepanjang hari. Tiada hujan dan tiada ribut melanda.
Sewaktu meninjau-ninjau bahagian minuman panas, terpandang susu kacang soya panas! Waduh, enak banget ini kalau dihirup pagi-pagi! Jom sarapan sama.
Secawan susu kacang soya panas. |
Sehelai daun salad dan kepingan kecil buah-buahan. |
Sebiji telur mata, sayur campur, sosej ayam, tauhu telur dan sesudu besar kuetiaw goreng. |
Satu senduk bubur nasi & the gang. |
Segelas jus nanas segar. |
Melihat pelbagai jenis pastri, seolah-olah tiada hari esok untukmu! Padahal lima malam menjadi penghuni di sini. |
Seawal pukul 0800 pagi kami menoreh getah di hutan batu. Pukul 1630 baru selesai. Terima kasih Izan tumpangkan kami naik kereta balik ke sarang. Jumpa lagi.
15 comments
akk sebut soya panas trs tingat bazar ramadan nnt😁
BalasPadamMemang cari susu soya kalau bulan puasa. Lagilah susu soya yang ditambah daun pandan...harumnya!
Padamambil serba sedikit agar boleh dicuba semuanya...
BalasPadamYa, tidak membazir. Kalau sedap, boleh tambah.
Padamsusu kacang soya sinonim dengan ramadhan rindunya suasana tu
BalasPadamIn syaa Allah, minggu hadapan Ramadan al-Kareem akan menjelma. Terubat rindu!
PadamSaya sering beli susu soya..tapi yg dingin lebih segar
BalasPadamYa, betul itu.
PadamYang dingin memang rasa lebih segar.
sedap-sedap semua kak, susu soya tu minum panas sedap nya
BalasPadamLama tak minum susu soya panas.
PadamSekali minum terasalah sedapnya Dana.
Sedapnya air soya panas...kena beli la nanti kalau ada orang jual kat tepi jalan
BalasPadamSetiap kali sarapan, Kak Amie minum secawan susu soya panas. Memang sedap SA!
Padamdah lama tak minum air soya panas, mmg best.
BalasPadamtu la kak amie, cuaca dkt KK bagus sekarang. lama juga tak hujan..
Sedapnya soya...
BalasPadamSinonim dengan bulan puasa... tunggu sikit hari lagi.
Lama sy tak minum susu soya panas2, dulu selalu beli di pasar malam. Sy mula berhenti minum soya lepas mengandungkan Iman, sebab selalu muntah lepas minum, padahal seblumnya, itulah minuman kegemaran sy.
BalasPadam