Nasi Ayam Panggang Madu

9:09 PTG

Bismillahrrahmanirrahmanirrahim.
Jumpa lagi dalam sembang-sembang berbuka puasa. 
Hari ini hujan lagi. Cuaca sejuk dan gelap sampai ke petang.
Rasa hendak tidur saja sepanjang hari. Teringat janji dengan Firdaus untuk masak nasi ayam buat buka puasa, terus bingkas bangun bergerak ke dapur.
Pada mulanya Amie tak mahu masak nasi ayam memandangkan sukarnya untuk dapat bekalan ayam. Setiap kali beli ayam, Encik Suami bawa pulang saiz yang kecil. Rasanya pun tidak seperti ayam biasa. Mungkin masih terlalu muda atau masih kategori anak ayam. Itu yang malas hendak masak nasi ayam. Encik Suami kata, nanti dia cari ayam saiz besar sedikit. Kalau begitu, Amie pun setujulah hendak masak nasi ayam.

Amie masak nasi ayam, tetapi ayamnya Amie panggang dalam air fryer. Resipinya boleh lihat di sini: NASI AYAM PANGGANG. Cuma bezanya kali ini selepas keluarkan ayam panggang dari air fryer Amie sapukan madu yang dicampur dengan kicap. Itu yang nampaka lebih gelap. Nasinya pula lebih kuning sebab Amie bubuh secubit serbuk kunyit.

Nasi ayam siap 15 minit sebelum berbuka puasa. Sayangnya gambar nampak gelap di sana-sini. Biasanya kalau bulan puasa cuaca sentiasa panas, tetapi kali ini asyik hujan pula. Sekejap panas, sekejap hujan. 

Set Nasi Ayam Panggang Madu.

Ayam Panggang Madu - sapu madu dan campur kicap manis selepas dikeluarkan dari air fryer.

Dua liter jus oren campur lobak merah.

Bulan puasa kali ini memang selalulah kena sediakan jus oren campur lobak merah atas permintaan Firdaus. Ikutkan hati hendak selalu minum jus tembikai, tapi jus oren campur lobak merah pun sedap juga. Cantik warna jus oren campur tembikai  apabila digandingkan kedua-duanya. Amie sediakan leboh awal dan simpan dalam freezer supaya menjadi sejuk. Jadi, apabila hendak minum tidak perlu tambah ais batu.


Hari ini sengaja masak nasi lebih sebab tahu semua sukakan nasi ayam. Bolehlah menambah nasi. Walaupun resipi nasi ayam biasa, tapi melihat Encik Suami dan Firdaus makan penuh berselera, hilanglah penat memasak di dapur seorang diri.

Di bawah ini gambar Nasi Ayam Panggang versi tak bubuh madu : NASI AYAM PANGGANG.

Nasi Ayam Panggang

12 comments

  1. Cantik warna jus oren+lobak tu.. teringin pulak nak cuba buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, warna lobak merah tu yang naikkan seri jus oren.

      Padam
  2. aduh sedap betul menengok ayam tu kak, dengan air sebalang besar tu aduh seger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Rezeki berbuka puasa di kala mendung sepanjang hari.

      Padam
  3. Cantiknya jus oren + lobak.
    Cikgu guna blender ke juice maker?
    Nampak pekat elok

    BalasPadam
  4. Sedap, saya tengok. Hidangan lengkap, nasi ayam panggang.

    BalasPadam
  5. nampak sedap sungguh ayam panggang tu!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe