Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu : Nasi Briyani Sabahan & Laksa Padu
9:25 PGBismillahirrahmanirrahim.
Ada Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu pada 10 hingga 26 Februari 2023 yang diadakan di Kompleks Sukan Likas. Encik Suami teruja untuk ke sana. Katanya sudah berpuluh tahun tidak datang ke Kompleks Sukan Likas tempatnya berkursus di bawah Kementerian kebudayaan Belia & Sukan sewaktu zaman bujangnya.
Sewaktu kami tiba pada pukul 03:00 petang, belum banyak gerai makan dibuka. Ikut jadualnya, waktu berniaga bermula pada pukul 02:00 petang hingga 12:00 malam. Kami memilih gerai Nasi Briyani Sabahan. Hanya Amie dan Encik Suami yang makan. Firdaus tak mahu, sebab katanya tak ada kentang goreng!
Nasi Briyani Sabahan |
Ketika ini hanya ada :
- Nasi Briyani Daging Rendang
- Nasi Briyani Daging Kari
Amie: Nasi Briyani Daging Rendang |
Encik Suami : Nasi Briyani Kari Daging |
Sempat beli laksa, bawa balik ke Penampang. |
Alhamdulillah. Memang sedap kuah Laksa Padu ini. |
Laksa Padu. |
Tak sempat ambil gambar suasana di sekitar Kompleks Sukan Likas. Gambar ini Amie ambil ketika tersesat mencari tapak Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu. Moga terubat rindu Encik Suami mengenang segala peristiwa dan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang berada di sini sewaktu zaman bujangnya dulu!
13 comments
Ada jumpa makanan yg kreatif tak di sana, kak Amie?
BalasPadamTak sempat meronda sebab hujan lebat.
PadamLepas makan terus ke Penampang.
Tergoda sy tengok nasi beriani tu, kak Amie.. lagi2 bila baca kambing, rasa nak mengembek sekali.
BalasPadamJom sama-sama mengembek!
Padamsama di Kuantan awal cuti sekolah hari tu pun hujan lebat tak boleh nak keluar berjalan
BalasPadamBetul Afzan. Kami duduk di kondo, seram-seram juga bila dengar angin bertiup kencang!
PadamAlahaiiiii tak nampak le yang lain sebab tak sempat ronda-ronda. Nak tenguk juga makanan apa yang kreatif
BalasPadamWaktu makan nasi briyani tiba-tiba angin bertiup kencang dan terus hujan.
PadamTak dapat lupakan apabila melihat penutup meja dan kerusi di gerai kami makan ikut terbang! Tu pasal, lepas makan terus cepat-cepat menuju kereta.
mcm2 versi sedapppnya
BalasPadamMemang sedap makan panas dan aromanya menggoda!
Padamlapar terus nengok kak oi
BalasPadamJemput makan Dana.
PadamKuah laksa tu nampak menarik...ish..teringin pula nak melaksa
BalasPadam