Udang Goreng Salut Tepung Air Tangan Abang Aznan
1:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pada hari Sabtu malam Ahad, kita sudah berkira-kira untuk tidur awal kerana keesokan paginya hendak ke Kota Belud. Selepas solat maghrib, Abang Aznan telefon minta kami datang ke rumahnya. Katanya, dia sedang masak untuk makan malam. Kita pun segera bersiap dan sempat sambar beberapa jenis kuih seperti kuih cincin dari Kimanis, bahulu dari Tamu Kinarut, dan tidak ketinggalan oleh-oleh dari Tamu Sipitang terutamanya kuih kapit @ sepit dan bahulu yang bersaiz kecil comel!
Sewaktu kami tiba di rumah Abang Aznan, sudah ada ibu dan bapa mentuanya serta adik dua orang adik iparnya yang datang dari Menggatal. Ketika ini Abang Aznan sibuk di dapur. Fairuz dan Haziq sedang membantunya membersihkan udang. Kata Abang Aznan, kali ini biarlah orang lelaki masak di dapur!
Sementara menunggu masakan siap dimasak, Ery, isteri Abang Aznan hidangkan minuman teh panas dan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan kuih jala.
Rempeyek. |
Kuih Jala. |
Ibu dan bapa Ery sangat menggemari kuih kapit dan bahulu yang Amie bawa. Memang terasa kelainannya, sebab kuih kapit dan bahulu ini dibakar secara tradisional. Rasanya sangat sedap! Tak sedar sambil berbual, minum teh dan makan kuih sampai habis!
Kuih Kapit @ Semprong dari Tamu Sipitang. |
Kuih Kapit bentuk bunga. |
Kuih Bahulu. |
Gandingan mantap : Teh O panas dengan kuih-kuih tradisional. |
Tidak lama kemudian, siaplah orang lelaki masak di dapur. Abang Aznan hidangkan udang goreng salut tepung, ayam goreng dan sayur sawi tumis bawang putih bersama nasi goreng dan nasi putih. Semuanya masih panas.
Udang Goreng Salut Tepung. |
Ayam Goreng. |
Sawi Tumis Bawang Putih. |
Terima kasih Abang Aznan kerana sentiasa berusaha untuk mengenyangkan perut kami. Semoga segala rezeki sentiasa datang berlipat ganda memenuhi kantung kehidupan Abang Aznan sekeluarga.
14 comments
menggoda sungguh udang goreng dan kudapan lain tu kak oi... lagi special air tangan abg aznan
BalasPadamAbang Aznan suruh yang perempuan berehat. Diajaknya Fairuz dan Haziq masak di dapur.
Padamsekali sekala makan air tangan orang laki memang sedap
BalasPadamBetul tu.
PadamBest betul yang perempuan jadi permaisuri hihihii.
Alhamdulillah meriah rezeki cantik kuih jala
BalasPadamBetul Kak PI. Kemas kejadiannya.
PadamPower abang aznan!
BalasPadamBersilat di dapur dia.
Padamcangkir dan tekonya very vintage kak amie, gambar bunga bunga..segala macam kue mbul suka bangat...mbul blom pernah icip kue jala...udangnya lezat...very tasty semua kak...😊
BalasPadamAlhamdulillah, selalu langkah kanan bila ke rumah Abang Aznan tu ye.
BalasPadamYa, selalu dapat undangan makan di rumahnya.
Padamgumuks nya udang celup tepung.Pastinya sedap juicy.
BalasPadamMata saya salfok ke pada dua-dua teko tu..Cantiknya...
Memang Abang Aznan pilih yang gemuk-gemuk.
PadamCantikkan teko tu Mama Cella. Kita tanya Ery, di mana beli? Katanya hadiah kahwin.... aduhai! Mana kita nak cari.
Tertarik dengan set teko tu.. lawa la haii.. bila nampak begini teringin pula nak tambah set yang ada di rumah yang satu tu je 😁😁
BalasPadam