Sotong Kangkung : Lebih Sotong Dari Kangkung!
4:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Balik dari Rumah Semut, rasanya hendak berehat sahaja di rumah. Selepas solat maghrib, Abang Aznan telefon ajak keluar makan. Amie kata, tak dapat ikut. Perut masih kenyang makan nasi kerabu di Warung Pokdi Kelate. Fairuz kata, makan-makan ringan saja. Oeylah kalau begitu.
Encik Suami ikut sahaja kalau Fairuz yang memandu. Jadi kami semua turut serta. Tak ingat pula apa nama tempat Abang Aznan bawa. Yang paling kita ingat sudah tentulah Sotong Kangkung yang lebih sotong dari kangkung!
Pada mulanya kita buat tak tahu sahaja apabila Encik Suami memesan sotong kangkung. Pada fikiran kita, sudah tentu sotong hanya beberapa hiris dan selebihnya hanya kangkung sahaja!
Sangkaan kita salah!
Rupanya sotong melebihi kangkung! Sudahlah begitu, rasanya pula sangatlah sedap apabaila digaul dengan kuahnya.
Apabila kita ingin memesan sotong kangkung, tuan punya gerai kata: Sudah habis!
Rupanya sotong melebihi kangkung! Sudahlah begitu, rasanya pula sangatlah sedap apabaila digaul dengan kuahnya.
Apabila kita ingin memesan sotong kangkung, tuan punya gerai kata: Sudah habis!
Sotong Kangkung: Lebih Sotong Dari Kangkung! |
Anak-anak muda seperti Fairuz dan Haziq makan nasi lemak. Ada Nasi Lemak Kari Kambing, ada Nasi Lemak Ayam Goreng dan Nasi Lemak Rendang Ayam. |
Fairuz belikan Amie popia. |
Dan juga air laici campur white fungus. |
Haziq pula belanja makan fish cake dan kek lobak putih. |
Kek Lobak Putih. |
Encik Suami dan kakak ipar memesan sotong kangkung sebungkus seorang. Beginilah rupa sotong kangkungnya. |
Apabila hendak makan barulah tuangkan kuah dan sambal. |
Kemudian gaul. Kuahnya sedap sangat! Cukup rasa. Perut yang kenyang pun jadi lapar semula apabila disorongkan sotong kangkung begini. Berkongsilah Encik Suami makan sotong kangkung dengan Amie. |
Akhir sekali Abang Aznan sorongkan sebekas dumpling! Makan lagi...sampai habis. Alhamdulillah. |
8 comments
Berita baik untuk peminat sotong!
BalasPadamAduhai... kalau datang ke KK, saya pasti hendak makan lagi di sini.
Padamlezat2 semua makannya bahh., hehe
BalasPadamIya bah Wak!
PadamPenasaran mau nyicip sotong kangkung.
BalasPadamBiasanya lebih kangkung, yang ini lebih sotong! Enak banget ni Ibu Nur.
PadamAllah...terliur dan terbayang kekenyalan sotong kembang tu...mana nak cari ni
BalasPadamLembut kenyal sotongnya.... aduhai Mama Cella, saya pun ternanti-nanti peluang untuk datang ke sini lagi, hendak makan puas-puas. Ingatkan macam biasa lebih kangkung, tapi di sini berbeza!
Padam