BBQ Steamboat Kampung Nelayan
6:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari keempat kami menoreh di Kota Kinabalu, keletihan mula terasa kerana sepanjang hari memerah tenaga dan otak untuk menyiapkan kerja. Sebelah malamnya pula, sambung kerja di hotel. Jadinya, kami ambil keputusan untuk ringankan beban di kepala buat seketika. Hari Sabtu malam Ahad, kami sepakat untuk makan malam di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant yang terletak di Taman Tun Fuad, Bukit Padang Kota Kinabalu.
Restaurant ini dibuka pada pukul 1800 petang sehingga pukul 2200 malam. Kami tempat tempat terlebih dahulu kerana setiap malam restoran ini penuh pelanggan.
Kami tiba tempat pukul 1930 malam. Memang tempat letak kereta penuh dan hanya yang buat tempahan meja sahaja yang dapat masuk ke restoran. Ketika kami masuk, persembahan kebudayaan sedang berlangsung di pentas. Sepanjang kami menikmati hidangan sehingga selesai makan, kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian etnik negeri Sabah.
Kami memilih BBQ Steamboat dan menempah dua buah meja. Bayaran yang dikenakan hanya RM40.00 per kepala. Meja lelaki kecil sahaja sebab hanya empat orang, tetapi meja kami, perempuan lebih besar kerana kami ramai:
- Amie
- Mewah
- Ton
- Ruffina
- Suan
- Nora
- Vianey
- Izan
Secara keseluruhannya, memang rasa sangat berbaloi dengan harga yang murah, ditambah pula ada persembahan kebudayaan yang sangat menarik, dari tarian suku kaum Kadazan - Dusun - Murut - Bajau dan lain-lain.
Sekarang semuanya hanya tinggal gambar dan kenangan.
Meja kami, kaum perempuan. |
Makanan pilihan masing-masing. |
Jom jalan-jalan tengok pilihan menu. |
Kalau hendak puas makan seafood, eloklah tinggalkan makanan berat dan cepat kenyang seperti nasi dan mi goreng. |
Tapi kuetiaw goreng ini sedap sungguh! |
Ini lagilah... kita suka! |
Ada berpuluh-puluh meja dipenuhi pelanggan. Dan sudah tentunya semua terpesona menyaksikan persembahan kebudayaan di atas pentas dengan iringan muzik latar para pemuzik di atas pentas. |
Denda lebihan makanan yang ditinggalkan ialah sebanyak RM30.00 untuk 100 gram. Jadi kenalah habiskan semua makanan yang sudah diambil |
Sebelum meninggalkan Restoran Kampung Nelayan, sempat meninjau akuarium. Ada ikan talapia dan ketam di bawah ini. |
Pukul 2130 kami tinggalkan restoran. Walaupun esok hari Ahad, tetapi kerja-kerja menoreh perlu diteruskan seperti biasa dari pukul 0800 pagi hingga ke 1630 petang. Sekian, cerita kerja-kerja menoreh dari pagi hingga petang.
10 comments
Ramainya menu makanan
BalasPadamBerbaloy2 noreh macam ni
Hehe...kak Amie menoreh. Wak Lat pulak potong rumput.
BalasPadamMahal harga denda tak abis makan tu, barulah tak ada pembaziran kan..
RM40 seorang tu berbaloi2 sangatlah!
BalasPadamWaduh rm40 tapi makanan dia emmm memang kenyang sungguh. Tenguk seafood fresh aduhaiiii ngences ni amie
BalasPadambagus juga ada denda risau dapat yg jenis tamak memang membazir kita yang tengok ni sakit mata sayang makanan tak habis
BalasPadamBerbaloi sangat la, kak Amie. Betul3, kalau tak ada gambar, tak ada kenangan dapat dirakam dan diulang pandang.
BalasPadamSeronoknya menoreh kak amie...terus SA teringin...
BalasPadampenuh dgn makanan.. memang sendat perut nk habiskan ni
BalasPadamWow...berbaloi-baloi
BalasPadamya ampun, kenapa ku tengok masa bulan puasa kak oi. sangat menggoda
BalasPadam