Sambutan Ulang Tahun Abang Aznan
8:12 PTGBismillahirrahmanirrahim.
02 Mac 2023, tarikh ulang tahun Abang Aznan.
Pada hari tersebut dari pagi sehingga ke pukul 0130 petang, kami ulang-alik naik keretapi Tanjung Aru - Beaufort -Tanjung Aru.
Sempena ulang tahunnya, Abang Aznan telah belanja kami makan malam bersama-sama di sebuah restoran yang ditempah khas di Kota Kinabalu. Selain Abang Aznan sekeluarga, ibunya, kami empat beranak dan Haziq, sepupunya turut hadir sama dari Tuaran iaitu Acik dan Azwa serta suaminya.
Selamat Ulang Tahun Abang Aznan. |
Semoga Abang Aznan sentiasa sihat, dipermudahkan urusan perniagaannya dan segala urusan dunia akhirat. |
Dua jenis minuman : Jus tembikai & jus oren. |
Malam itu kami dihidangkan nasi dan pelbagai lauk-pauk. Setiap jenis lauk, ditempah sebanyak dua bekas. Memang kenyang sungguhlah kami malam itu. Minumannya pula dari semasa ke semasa ditambah menjadikan kesemuanya sebanyak lima jug!
Udang Kukus |
Sotong Goreng Telur Masin. |
Sayur Kangkung. |
Sup Ketam |
Ketam Cili. |
Kambing @ Lamb Masak Black Pepper |
Fillet Ikan Masak Sos |
Chicken Cakes & Coleslow |
Selamat menjamau selera! |
Abang Aznan pesan, kalau teringin makan makanan lain, boleh terus buat pesanan tambahan. Semuanya sudah cukup kenyang, dan berusaha menghabiskan hidangan yang ada. |
Orang kuat Abang Aznan: Fairuz & Haziq |
Pencuci Mulut : Buah Tembikai |
Terima kasih Abang Aznan. Alhamdulillah. Semua makanannya sedap belaka! Gendang gendut tali kecapi. Kami kenyang perut, balik rumah senang hati! |
5 comments
Sedapnya semua masakan. Tapi tak tahannya tenguk sup ketam dengan ketam cili. Yummy
BalasPadamSelamat hari lahir bt abang Aznan, moga terus sukses dan sentiasa dalam limpah rahmat Yang Maha Esa. Bday dia tapi dia yang belanja makan ya, dahla nampak sedap semua menu tu
BalasPadamHB Abang Aznan..semoga dilimpahi lagi rezeki yang barokah..dimudahkan urusan dan dirahmati Allah
BalasPadamsemuanya sedap2 belaka kak! pandai abg aznan cari tempat mkn best. semoga semakin murah rezeki beliau sekeluarga. aminnn
BalasPadammeriahnya, ada banyak jenis makanan..
BalasPadam