Makan Malam di Peddasss Cafe Kota Kinabalu
5:45 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sampai di Gardens Condominium Penampang, rasanya hendak berehat sahaja setelah sehari suntuk menempuh perjalanan panjang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Cukuplah makan Nasi Briyani Sabahan di Kompleks Sukan Likas, dan bawa pulang Laksa Padu.
Tiba-tiba, Abang Aznan telefon Encik Suami untuk makan malam bersama di Kota Kinabalu. Malam minggu memang ramailah penghuni Kota Kinabalu keluar bersama keluarga! Tempat makan yang dituju, sudah dipenuhi orang ramai. Kami pun bergerak ke tempat lain, yang kurang sesak dan ada tempat letak kereta. Singgahlah kami di Peddass Cafe Kota Kinabalu, sebuah restoran makanan Indonesia yang terletak di Jalan Masjid Lama. Jadinya, sebahagian besar daripada kami memesan masakan Indonesia seperti:
- Nasi Ayam Geprok
- Nasi Ayam Geprek
- Nasi Ayam Bakar Madu
- Nasi Ayam Bakar Taliwang
- Nasi Ayam Bumbu Bali
Pelbagai jenis masakan ayam. |
Abadikan makan malam di Peddass Cafe Kota Kinabalu bersama Abang Aznan sekeluarga. |
Firdaus: Nasi Ayam Butter Aiman : Nasi Ayam Bakar Taliwang |
Nasi Ayam Butter |
Ayam Bakar Taliwang |
Amie: Pecal |
Penuh keropok menutupi pecal. Ada rasa kencur dalam sambal pecal. |
Haziq: Ayam Bakar Madu |
Encik Suami menunggu pesanannya yang belum sampai. |
Alhamdulillah. Semua sedang santap dengan penuh selera. |
Terima kasih Abang Aznan, sambut kedatangan kami dengan menjamu makan malam. |
Moga tambah rezeki Abang Aznan sekeluarga, rezeki kesihatan, dipermudahkan urusan dalam perniagaan dan sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat. |
3 comments
suka tengok firdaus baca doa nampak kusyuk hehe
BalasPadamAlhamdulillah. Moga mendapat keberkatan segala makanan yang menjadi darah daging kita.
PadamAbang Aznan dan belanja makan berpisah tiada..👍
BalasPadam