Tragedi Buah Mangga Udang
10:26 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kali ini mangga udang nan sepokok di belakang dapur berbuah lebat. Encik Suami rajin bungkus.
Buah Mangga Udang |
Buah mangga udang bergayut melentur sampai menimpa pokok limau purut. |
Dan ada yang termasuk di celah-celah papan rak pokok bunga orkid. |
Ada yang terduduk di atas pasu! |
Terselit di celah papan rak bunga orkid. |
Pagi tadi, Encik Suami beritahu banyak buah mangga udang masak di pokok dan gugur ke bumi! Maklumlah hampir dua minggu ditinggal pergi! Mungkinkah buah mangga udang merajuk tidak dipeduli?
Setakat ini lebih 24 biji yang gugur kerana masak tetapi keadaannya memanglah sangat menyedihkan sebab sudah buruk!
Kata Encik Suami, mungkin ada sebahagiannya yang masih elok sebab saiznya besar belaka. Jadi ada yang buruk di sisi lain, ada yang masih elok di bahagian lain pula.
Sayangnya! |
Buah anggur pula, yang masak sudah menjadi rezeki burung dan kelawar. Ada juga putik anggur yang tertinggal di ranting.
Sekian. Tragedi Buah Mangga Udang di bulan Mac! |
16 comments
baru tau nama dia buah mangga udang...kat umh mak dulu ada, mmg kitorg x tgu masak..terus buat mangga asam boi...hihihi...sebab kalau masak..gitu lah kejadiannya
BalasPadamIngatkan masih putik lagi, rupanya tak sampai berapa hari sudah masak!
Padamkdg tu mmg x perasan...
PadamSayangnya buah mangga yang busuk tu sebab masih muda kalau tengok pada warna hijaunya. Atau memang dia masak hijau ke Kak Amie. Buah anggur jadi rezeki burung dan kelawarlah nampaknya kena tinggal dua minggu, hihi.
BalasPadamCampur-campur SK. Ada yang tua ada yang masih muda. Yang masih muda tu mungkin gugur waktu ribut hujan lebat di LD minggu lepas.
PadamSama, baru tau nama mangga ni mangga udang. Sebab bentuknya melengkung macam udang ke?
BalasPadamAgaknya sebab melengkung macam udang, tu pasal dipanggil mangga udang kot.
Padambesar2 buahnya lebat pula tu...
BalasPadamYa Afzan, mangga udang memang saiznya besar.
PadamAlahaiii takde rezeki lah nak makan. Anggur tu emmm manis tak. bestnya petik anggur
BalasPadamKalau masak memang anggur tu rasa manis, tapi biasanya jadi rezeki burung dan kelawar duluan.
PadamSeronoknya tengok banyak mangga udang dia merata tempat. Sayang pulak banyak yang rosak ya..
BalasPadamKali ini pula banyak yang rosak, tapi masih banyak juga atas pokok yang masih elok. Mungkin disebabkan hujan lebat berterusan, banyak yang gugur.
PadamSayangnya . suka nya bila ada pokok mangga ni
BalasPadamseronok tgk buah mangga banyak bergayut🥰🥰 besar2
Sedap ni kalau dibuat kerabu.
PadamAllahu...itulah agaknya kalau pekebun tinggalkan kebun sekejap pun asyik teringat dan risau tanamannya.
BalasPadamKalau sebut mangga udang memang saya akan teringat cikgu Amie😍