Sarapan Nasi Lemak Kimchi - Pergi Menoreh di Hari Minggu
2:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari keempat di Grandis Hotel, Rosea Cafe tetap dipenuhi pelancong dari Korea. Jumlah mereka tidak berkurang dari hari sebelumnya. Dengar ceritanya, setiap hari sebanyak enam penerbangan mendarat di Kota Kinabalu yang membawa pelancong dari Korea. Hurrmmm... kalau di Kota Kinabalu penuh dengan pelancong Korea yang bertumpu di Taman Laut Tunku Abdul Rahman termasuk Pulau Gaya, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, di Sempurna pula pelancong dari China yang bertebaran di sana!
Eh, kenapa hari ini ada semangkuk kimchi di Rosea Cafe?
Orang hendak menoreh, hendak makan nasi lemak. Mari kembalikan kenangan lama sewaktu jalan-jalan di Seoul suatu waktu dahulu.... tak silap 2018, makan nasi goreng kimchi. Kali ini makan nasi lemak bubuh kimchi pula.
Orang hendak menoreh, hendak makan nasi lemak. Mari kembalikan kenangan lama sewaktu jalan-jalan di Seoul suatu waktu dahulu.... tak silap 2018, makan nasi goreng kimchi. Kali ini makan nasi lemak bubuh kimchi pula.
Seperti biasa, ambil sikit-sikit jewn nasi lemak satu sudu besar dan bubuhlah apa-apa lauk yang disukai. Jadi, penuhlah pinggan!
Belakangnya nasi lemak, depannya daun salad, kimchi, jeruk lobak putih dan telur hitam (egg century). |
Seperti biasa, hidangan pertama sudah tentulah sepiring kecil daun salad, tambah jeruk zaitun dan thousand island. Tidak ketinggalan buah potong dan tambah buah hirisan puah peach dalam tin. |
Minuman jus mangga dan susu soya dalam gelas kecil |
Ambil roti sekeping, sapu butter, jem strawberi dan jem nanas, sosej ayam, tomato panggang dan kacang panggang. Oppss! Ada telur mata juga rupanya dalam pinggan! |
Ini dia Nasi Lemak Kimchi. |
Pada hari ketiga sarapan di Rosea Cafe (kelmarin), seorang pelayan cafe tegur. Katanya: Cikgu tak kenal saya kah?
Aduhai! Macamana nak kenal, kamu pakai pelitup muka.
Dia pun tarik pelitup muka ke bawah dagu.
Saya Suhaili, cikgu. Cikgu guru kelas saya tahun 2017-2018.
Allahu Akbar! Kalau kamu tak kenalkan diri memang cikgu tak kenal.
Panjanglah juga kami bercerita, mengenang kisah lalu. Kalau tak ingat kerja menoreh sedang menunggu, memang tak bergeraklah dari Rosea Cafe.
Panjanglah juga kami bercerita, mengenang kisah lalu. Kalau tak ingat kerja menoreh sedang menunggu, memang tak bergeraklah dari Rosea Cafe.
9 comments
Wah, gandingannya boleh dijadikan tajuk drama, Nasi Lemak Kimchi.. hero heroinnya seorang dari Malaysia, seorang dari Korea.
BalasPadamKak Amie, masa sy baru kahwin, terjumpa cikgu lama, dia tak ingat sy pun wpun zaman tu belum kena pakai mask, hehehe.
hahaha...kan...
PadamSesuai tajuk tu
nampak menu2 menarik.. wah ramai pelancong korea ke pulau2 sabah ya
BalasPadamTerliur pula tengok Nasi Lemak Kimchi akak tu :)
BalasPadamDAPNYA...SALAM RAMADAN MAAF ZAHIR BATIN
BalasPadamBagus bekas pelajar cikgu, jumpa je pasti ada sahaja yang menegur.
BalasPadamrare ni nasi lemak kimchi
BalasPadamlai mcm tu kak nasi lemak kimchi👍👍👍yg penting sedapppp
BalasPadamWah resepi baru tu nasi lemak bersanding dengan si kimchi
BalasPadam