Ayam Masak Palekko Idaman Firdaus!
2:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dari kelmarin Firdaus pesan supaya masak Ayam Palekko. Katanya, tidak puas makan Ayam Palekko yang Amie beli dan makan di kampung pada hari Ahad lepas. Sebenarnya bukan tidak puas makan tapi tidak puas rasa pedasnya. Kebetulan Ayam Masak Palekko yang Amie beli dengan burasnya sekali, rasanya tidak pedas. Biasanya Ayam Masak Palekko pedasnya tidak terkata. Menurut rakan-rakan keturunan Bugis, Ayam Masak Palekko mesti pedas. Bayangkan, mereka kata masak seekor ayam, cili padi paling kurang kena bubuh setengah kilogram. Jangan lupa tambah lada putih tumbuk! Bayangkan bagaimana tahap kepedasannya?
Jom baca di sini tentang Ayam Masak Palekko yang pernah Amie kongsikan: NASU PALEKKO (AYAM MASAK PALEKKO)
Ayam Masak Palekko |
Bahan-bahan untuk resipi Ayam Masak Palekko. Amie terbaca dalan blog MURNI MOHD YUSOF, antara petua untuk menjadikan Ayam Masak Palekko bertambah lazat ialah tumbuk menggunakan lesung bahan-bahan seperti cili pagi, halia dan kunyit hidup. Dan kemudian perap lebih kurang 15 minit ayam dengan bahan tumbuk tadi. Biasanya rakan-rakan Bugis gunakan ayam pencen atau ayam kampung, tetapi gunakan ayam daging pun boleh. Amie gunakan dua bahagian peha ayam saiz besar. Potongannya hendaklah saiz kecil. |
Bahan-bahan:
- 1 kilogram ayam - potong saiz kecil
- 2 batang serai - diketuk
- 1/2 cawan minyak
- 1 cawan bancuhan air asam jawa
- 1 cawan air
- garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan pemerap (ditumbuk):
- 3/4 cawan cili padi kampung
- 3 cm kunyit
- 2 cm halia
Bahan perencah (ditumbuk)
- 7 ulas bawang putih
- 2 labu bawang merah besar
- 1 sudu besar lada putih
Ayam yang dipotong saiz kecil. |
Bancuhan air asam jawa. |
Ayam yang diperapkan, biarkan lebih kurang 20 minit. |
Cara memasak:
- Perap daging ayam dengan bahan pemerap, serai dan air asam jawa selama 20 minit.
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan perencah sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam yang diperap tadi dan gaul rata.
- Setelah ayam layu dan bertukar warna, tambahkan air.
- Tutup kuali dan kecilkan api.
- Biarkan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
- Buka penutup kuali, taburkan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Biarkan ayam menjadi layu sebelum ditambah air. |
Tambahkan secawan air. |
Ayam Masak Palekko sudah siap! |
Firdaus sangat berpuas hati dengan rasa pedas Ayam Masak Palekko. Amie tambahkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa supaya tidak terlalu pedas. |
Selepas makan nasi, Firdaus bertanya lagi : Masih adakah Ayam Palekko di dapur? Jangan dihabiskan ya. Petang nanti mahu makan lagi! |
12 comments
Nampak sedapnyer
BalasPadamLebih kurang macam masak ungkep erk
Saya pun nak komen yang sama macam Wak🤭
Padamfirst time dengar palekko ni....
BalasPadamHehehe.. Daus suka makan pedas ya. Nanti saya nak cuba masak, Iman tentu suka sebab pedas dan dia pun suka kalau jumpa jenis masakan selain yang biasa.
BalasPadamwahh first time tahu resipi ini.. Selalu kedai mana ya yang jual?
BalasPadamMak oi.. setengah kilo cili tu... daus mmg suka mkn pedas ye... cayalah daus... senang je cara masaknya
BalasPadamMacam agak senang resepinya. Boleh cuba nanti. Guna cili padi kampung, pedas.
BalasPadamMesti try ni.. nampak menyelerakan.
BalasPadamKalau ada burasak pulak kan....hihihi
BalasPadamkalau perap lebih lama pun tak apa kan kak?
BalasPadammacam ayam masak cili padi kan. kena pedas baru lah sedap.
BalasPadamSedapnya...SA nak cuba la masak macam ni..nak kena masak resepi baru sebab Mak Pah tu kurang selera makan
BalasPadam