Sabah Museum : Biggest Bryde's Whale Skeleton
1:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Isnin, 27 Februari 2023. Bawa Firdaus melawat Muzium Negeri Sabah. Entri lepas ada di sini: MUZIUM NEGERI SABAH. Beberapa kali juga selepas itu kami melawat ke sini tetapi Amie tidak jadikan entri. Kali ini, tergerak hati untuk tuliskan sebagai kenangan, dan salah satunya dapat kongsikan rangka ikan paus Bryde's. Sebelum ini tidak dapat kongsikan sebab tidak boleh ambil gambar di dalam ruang pameran.
Rangka Ikan Paus Bryde's |
Pertama kali Firdaus jejakkan kaki ke Muzium Negeri Sabah pada tahun 2016, lebih kurang tujuh tahun lalu. |
Muzium Negeri Sabah terletak di kawasan sekuas 17 hektar di Bukit Istana Lama, Kota Kinabalu. |
Dari dulu sampai sekarang, harga tiket hanya RM2.00 sahaja.Warga emas dan kanak-kanak masuk percuma. |
Firdaus sangat teruja melihat rangka ikan paus Bryde's. |
Firdaus asyik bertanya bagaimana rangka ikan paus boleh berada di dalam muzium. Jadi, untuk jimatkan masa Amie ambil gambar maklumat yang ada dan kemudian bercerita dari awal hingga akhir kepada Firdaus apabila ada kelapangan masa. Pada masa yang sama, dapatlah Amie jadikan entri.
Tarikh :14/12/2006
Masa : 2300
- Pertama kali dilihat oleh sekumpulan pemancing, mamalia ini terkandas di kawasan berbatu karang berhampiran Kampung Lok Urai, Pulau Gaya. Kawasan ini terletak lima minit perjalanan menggunakan bot laju.
Tarikh : 15/12/2006
Masa : 0600
Masa : 0600
- Kawasan kejadian mula menjadi tumpuan orang ramai yang terkejut dengan kehadiran mamalia marin ini. Operasi menyelamat digerakkan dengan kehadiran Jabatan perikanan, Jabatan Hidupan Liar, Taman-taman Sabah, Universiti Malaysia Sabah, NGO's, agensi pelancongan dan orang ramai yang prihatin.
- Pada masa ini keadaan air semakin surut menyukarkan operasi menyelamat mamalia ini. Para penyelamat berusaha untuk membantu mamalia ini dengan menyiram badan paus ini dengan air laut.
- 0600 - Usaha menarik paus ini kembali ke laut dimulakan berikutan paras air yang mula pasang dengan menggunakan bot tunda tetapi usaha ini gagal.
- 1930 - Mamalia ini berjaya ditarik dan dilepaskan ke kawasan yang lebih dalam berikutan paras air yang sudah pasang sepenuhnya.
16/12/2006
- Pengarah Jabatan Perikatan Sabah, Rn Rayner Datuk Stuel Galid, menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan mamalia ini dan kemungkinan mamalia ini akan kembali semula ke kawasan di mana ia terdampar sebelum ini.
17/12/2006
- Mamalia ini didapati telah mati dan terdampar berhampiran lokasi yang sama iaitu di Tanjung Wokung, Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.
19/12/2006
- Ketua Menteri Sabah, T+YAB Datuk Musa Aman mengarahkan Jabatan Perikanan Sabah & Jabatan Muzium Sabah untuk mengawet tulang paus ini dan dijadikan sebagai khazanah untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Rangka akan diawet dan akan dipamerkan di Muzium Negeri Sabah.
20/12/2006
- 1000 - Sepasukan anggota dari Jabatan perikanan Sabah yang diketuai oleh Pengarah Perikanan Negeri, Jabatan Muzium, wakil-wakil media massa (RTM dan Daiy Express) melawat lokasi paus ini disauh. Keputusan dibuat untuk menarik bangkai inike tepi pantai untuk memisahkan isi dan tulang paus ini.
- Bangkai paus dibungkus dengan jaring dan pukat bagi mengelakkan tulang-tulang paus ini terjatuh ke dasar laut semasa proses menarik bangkai ini dijalankan.
21/12/2006
- 1700 - bangkai ditarik ke pantai Kampung Lok Kuring, Teluk Sepanggar dan persediaan dibuat untuk proses memisahkan isi dan tulang mamalia ini.
- Antara persediaan yang dibuat adalah:
- kren
- lori 3 buah
- tangki-tangki gentian kaca (fibreglass)
- generator
- lampu limpah (spotlight)
- excavator
- pelbagai kelengkapan untuk kerja-kerja pemotongan - Cadangan untuk menanam bangkai paus ini ditangguhkan disebabkan ketiadaan lokasi yang sesuai dan juga saiz mamalia yang amat besar ini. Sebagai pilihan lain, bangkai ini akan ditarik jauh ke tengah laut untuk ditenggelamkan.
- Bangkai mamalia ini ditunda ke kawasan Stomai Rock, lebih kurang 5 batu noutika ke kawasan di antara Pulau Tiga dan Pulau gaya bagi mengelakkan pencemaran bau terhadap kawasan persekitaran.
- Bangkai diikat dan disauhkan pada kedalaman 60-70 meter dan dibiarkan mereput secara semulajadi.
22/12/2006
- 1500 - Percubaan untuk mendapatkan sampel isi untuk analisis DNA dilakukan, namun demikian disebabkan keadaan kulit yang masih utuh, sampel tidak berjaya diperolehi.
23/12/2006
- 0800 - 3 lubang besar digali di Stesen Perikanan Menggatal sebagai langkah persediaan untuk menanam bangkai dan isi mamalia ini.
- 1800 - Operasi pemisahan dimulakan. Seramai ( - angka tak masuk dalam gambar) orang pekerja ditugaskan memisahkan isi dan tulang mamalia ini.
- 1930 - Teknik memisahkan bahagian demi bahagian mamalia ini dimulakan dengan bahagian ekor.
- 2030:
- Tulang belakang pertama dikeluarkan di bahagian tengah badan.
- Tulang rahang berjaya dikeluarkan
- Kerja-kerja diteruskan dan berhenti rehat pada jam 0300.
24/12/2006
- 0600 - Kerja-kerja diteruskan
- 1000- Tulang-tulang mamalia diserahkan kepada pihak Muzium Sabah dalam satu upacara penyerahan ringkas yang dijalankan di tapak operasi yang turut disaksikan oleh anggota jabatan dan muzium yang bertugas.
- 1930- Tulang-tulang diangkat ke dalam lori dan dipindahkan ke lokasi baru di Muzium Sabah. Sebahagian tulang yang masih mempunyai isi ditanam di Stesen Perikanan Menggatal. Isi-isi yang telah dipisahkan turut ditanam bagi mengelakkan pencemaran bau . Proses kerja ini semuanya berakhir pada jam 2000.
5 comments
Besarnya, ikan paus. Menarik! Saya sendiri dah lama tak bawa anak-anak ke muzium. Last pergi, 5 tahun lepas rasanya. Saya ada terbaca, saintis sendiri tak dapat cari punca kenapa paus, dan ikan lumba-lumba terdampar kat pantai. Ada misi menyelamat berjaya, ada juga tak. Misteri alam.
BalasPadamItulah, hairan juga ikan paus ini setelah diselamatkan kembali ke laut, dia patah balik ke tempat mula-mula terdampar dan matai di situ. Betul Nur, misteri alam.
PadamWah! Teringin nak tengok tulang paus tu!
BalasPadamMari ke Muzium Sabah, Uncle.
PadamBesar betul pausnya...
BalasPadamPasti ada sesuatu rahsia Allah yang menyebabkan paus itu kembali kepantai walau telah ditolak ke laut dalam kan..
Apapun menarik sejarahnya