Jom Minum Petang
6:36 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom minum petang, tapi minumannya sejuk iaitu jus tembikai. Selagi belum habis satu jug jus tembikai dalam peti sejuk, selagi itulah asyik ulang-alik ke dapur buka tutup peti sejuk!
Kudapan petang pula kuih penjaram lebihan sarapan pagi. Kuih penjaram memang tahan berhari-hari lamanya, cuma agak liatlah sedikit sebab sudah sejuk. Kalau digoreng semula, sudah tentu makan minyak. Kalau dipanaskan dalam air fryer, menjadi semakin kerslah pula. Amie cuba kukus seketika. Ya ampun!
Tersangatlah sedapnya! Tadi Amie makan enam biji sekali hadap.
Kudapan Petang : Kuih Penjaram & Tart Nanas Berkeju |
8 comments
dikukus jadi lembut...kecil2 je saiznya, 6 biji tak terasa...hihi...
BalasPadamKudapan = ku dapat makan
BalasPadamAda lagi ke Kak Amie? Lambat pulak datang hari ni :D
BalasPadamKuih penjaram tu sama dgn cucur jawa ke? Nmpk macam sama ...
PH, sy sampai lagi lambat, mungkin dah jadi baja, hihi.
PadamAda lagi yang lebih lambat🙋
PadamAda kuih raya tart nanas berkeju. Dua kali sedap.
BalasPadamWah...info baru..boleh kukus yer...tak pernah terfikir...TQ cikgu
BalasPadamawal akak dah raya?😁😁siap ada tart nanas tuuuu👍
BalasPadam